kajian memperoleh keputusan yang cemerlang. Pengkaji telah merujuk senarai julat
markah dan gred bagi sekolah rendah (2016) bagi menentukan tahap pencapaian
peserta kajian berdasarkan markah ujian pasca yang diperoleh.
Jadual 3:
Julat Markah dan Gred Sekolah Rendah (2016)
Julat Markah Gred Catatan
80 - 100 A Cemerlang
65 - 79 B Baik
50 - 64 C Memuaskan
40 - 49 D Mencapai tahap minimum
0 - 39 E Belum mencapai tahap minimum
Sumber: KPM (2016) melalui laman sesawang
https://sapsnkra.moe.gov.my/dokumen/GRED.pdf
REFLEKSI
Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan dengan menguji keberkesanan KoDi
dalam meningkatkan penguasaan penggunaan /di/ sebagai kata sendi nama dan
imbuhan awalan. Keberkesanan penggunaan KoDi dapat dilihat menerusi analisis
perbandingan markah dalam ujian pra dan ujian pasca di mana berlaku peningkatan
markah murid selepas intervensi diperkenalkan. Selain itu, melalui pelaksanaan kajian
ini, pengkaji melihat impak positif yang diperoleh sama ada secara langsung dan tidak
langsung kepada semua peserta kajian. Pengkaji melihat secara jelas bahawa murid
lebih seronok untuk menggunakan intervensi KoDi dalam pengajaran meskipun
intervensi yang dihasilkan bersifat ringkas. Di samping itu, murid yang lemah juga
berpeluang untuk melaksanakan pembelajaran aktif apabila pengkaji memberikan
bahan intervensi KoDi kepada setiap murid. Hal ini dapat memberi galakan kepada
murid untuk belajar dengan bimbingan guru.
Dari konteks pembelajaran kendiri, pengkaji turut menyedari peri pentingnya
penerokaan bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran yang menarik agar dapat
diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
penguasaan murid. Bukan itu sahaja, pelaksanaan kajian ini turut mendidik pengkaji
menjadi seorang guru yang berpengetahuan dan bertanggungjawab serta mempunyai
kemahiran pedagogi. Pelaksanaan kajian ini telah mengajar pengkaji untuk menjadi