Pemerhatian sebelum dan selepas direkod dalam bentuk perbandingan jadual. Hasil
dapatan mengalami perbezaan yang ketara antara murid A, B, C dan D dalam kajian
yang telah dilakukan. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan pengkaji sepanjang proses intervensi.
Rajah 4 Perbandingan Murid Sebelum dan Selepas Menggunakan Kad Bergambar
Refleksi Pembelajaran Kendiri
Merujuk kepada kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, dapat dirumuskan bahawa
terdapat perbandingan yang jelas tentang pencapaian subjek sebelum dan selepas
mengikuti intervensi menggunakan kad bergambar dalam menguasai pengetahuan
simpulan bahasa. Hasil dapatan analisis dan perbandingan terhadap ujian diagnostic,
intervensi susulan, ujian pra dan pasca menunjukkan perbezaan terhadap pencapaian
subjek. Dapatan ini juga disokong oleh temu bual yang dilakukan sebelum dan selepas
kajian dijalankan. Jelas membuktikan kesan positif diterima oleh subjek setelah
didedahkan dengan teknik kad bergambar. Kajian juga dilakukan secara tertib iaitu
dengan mengumpul data awal dan akhir menggunakan temu bual dan borang soal
selidik.
Melalui pelaksanaan kajian ini, pengkaji juga sedar bahawa seorang pendidik
perlulah mempunyai kemahiran untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari
jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah serta mengambil langkah yang proaktif bagi
memastikan setiap masalah yang dihadapi mampu dikendalikan dengan baik. Secara
keseluruhannya, pengkaji berharap agar usaha dalam meningkatkan taraf kualiti
pendidikan di Malaysia boleh dilakukan. Pengkaji haruslah sentiasa bersemangat waja