PENGGUNAAN MUNSYI CILIK BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KOSA
KATA BAHASA MELAYU MURID TAHUN 5
NURUL SYUHADA BINTI ZAMRI
PISMP BAHASA MELAYU 2 (SK) AMBILAN JUN 2018
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu
bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa pasar dalam penulisan ayat bahasa Melayu yang
lengkap bagi murid Tahun 5 menggunakan kaedah Munsyi Cilik. Kajian ini dijalankan di sebuah
sekolah rendah yang terdapat di daerah Tuaran, Sabah. Peserta kajian ini melibatkan lima
orang murid yang terdiri daripada dua orang murid perempuan dan tiga orang murid lelaki. Cara
pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji semasa melaksanakan kajian ini ialah
melalui tiga cara iaitu pemerhatian, pembahagian borang soal selidik kepada responden dan
ujian pra dan pos. Berdasarkan pemerhatian awal yang diperolehi membolehkan pengkaji
mencadangkan penggunaan Munsyi Cilik sebagai salah satu cara bagi meningkatkan
penguasaan kosa kata dalam kalangan murid sekaligus membantu murid membina ayat yang
gramatis dengan menggunakan perkataan bahasa Melayu dengan tepat. Hasil dapatan kajian
melalui ujian pra dan pos yang dijalankan menunjukkan kesan positif dimana responden dapat
meningkatkan penguasaan dalam penggunaan perkataan bahasa Melayu yang tepat semasa
membina ayat. Responden dapat membina ayat gramatis dengan menggunakan perkataan
yang bersesuai dengan maksud yang ingin disampaikan. Hal ini membuktikan bahawa
penggunaan Munsyi Cilik dapat meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu bagi
murid Tahun 5.
Kata kunci: Munsyi Cilik ialah kamus poket yang mengandungi kosa kata bahasa Melayu
ABSTRACT
This action research was conducted to improve the mastery of Malay vocabulary to overcome
the problem of using market language in writing complete Malay sentences for Year 5 students
using the Munsyi Cilik method. This study was conducted in a primary school located in the
district of Tuaran, Sabah. The participants of this study involved five students consisting of two
female students and three male students. The method of data collection used by the researcher
while conducting this study is through three methods, namely observation, distribution of
questionnaires to respondents and pre and post tests. Based on the initial observations
obtained, the researcher can suggest the use of Munsyi Cilik as one of the ways to improve
vocabulary mastery among students as well as help students build grammatical sentences by
using Malay words accurately. The results of the study through pre and post tests conducted
showed a positive effect where respondents were able to improve their proficiency in the use
of accurate Malay words when constructing sentences. Respondents can construct
grammatical sentences by using words that correspond to the meaning they want to convey.
This proves that the use of Munsyi Cilik can improve the mastery of Malay vocabulary for Year
5 students.
Keywords: Munsyi Cilik is a pocket dictionary that contains Malay vocabulary