KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Model yang dipilih adalah Model Kurt Lewin (1946) yang dikenali sebagai Kurt
/HZLQ¶V$FWLRQ5HVHDUFK6SLUDO dalam melaksanakan kajian ini. Menurut Lewin
(1946), kajian tindakan memperlihatkan suatu kitaran langkah-langkah (a spiral
of steps). Model Kurt Lewin terdiri daripada empat langkah utama yang
berbentuk satu lingkaran iaitu terdiri perancangan dan diikuti dengan bertindak,
memerhati dan mereflek. Berikut merupakan huraian tindakan yang dijalankan
oleh penyelidik dalam kajian penyelidikan tindakan yang telah dirancang.


Jadual 1
Ringkasan Langkah-Langkah Pelaksanaan Tindakan


Peringkat Tindakan
Merancang Pada peringkat merancang, pengkaji telah melakukan
pemerhatian awal bagi mengesan masalah tahap penguasaan
peserta terhadap kosa kata bahasa Melayu. Selain itu, pengkaji
juga telah melaksanakan analisis kertas ujian pra peserta bagi
mengenal pasti masalah penggunaan kosa kata yang salah
semasa menghasilkan ayat bahasa Melayu. Data yang
terkumpul digunakan untuk merancang intervensi yang
bersesuai.
Bertindak Hasil dapatan pengumpulan data awal pengkaji telah
menghasilkan satu bahan untuk membantu peserta mengatasi
masalah penggunaan kosa kata yang salah. Pengkaji
menggunakan Munsyi Cilik untuk membantu peserta mengatasi
masalah dalam menggunakan kosa kata yang salah semasa
menghasilkan penulisan ayat. Pengkaji menerangkan dan
mendemonstrasikan cara penggunaan Munsyi Cilik kepada
peserta kajian. Setelah itu, intervensi berbentuk pelbagai jenis
latih akan dijalankan.
Memerhati Selepas pelaksanaan intervensi, pengkaji akan menjalankan
ujian pos untuk melihat perkembangan peserta dalam
menguasai kosa kata bahasa Melayu setelah menggunakan
Munsyi Cilik. Setelah itu, pengkaji akan menganalisis data yang
diperolehi untuk melihat keberkesanan penggunaan Munsyi
Cilik.
Mereflek Setelah data ujian pos dikumpul dan dianalisis, pengkaji akan
melakukan satu refleksi bagi melihat keberkesanan
menggunakan Munsyi Cilik bagi mengatasi masalah
penggunaan kosa kata yang salah semasa menghasilkan
penulisan ayat bahasa Melayu. Dengan ini, pengkaji akan
melakukan penambahbaikan yang sesuai jika intervensi yang
telah dijalankan terhadap peserta menunjukkan kesan yang
tidak memuaskan.
Free download pdf