Jadual 2
Langkah-Langkah Pelaksanaan Tindakan
Langkah Tindakan Perkara
1 Ujian Pra Pada awal kajian, ujian pra telah dijalankan
kepada 13 orang murid.
2 Penggunaan
Munsyi Cilik
Pengkaji telah melaksanakan penggunaan
Munsyi Cilik kepada peserta kajian.
Pengkaji memperkenalkan dan menerangkan
cara penggunaan Munsyi Cilik.
Peserta kajian perlu menggunakan Munsyi Cilik
untuk mencatatkan kosa kata baharu bagi
menambah penguasaan mereka terhadap kosa
kata bahasa Melayu.
3 Intervensi 1 Peserta kajian dikehendaki mengenal pasti
maksud perkataan bahasa Melayu dengan tepat
dan menyusun ayat dengan lengkap mengikut
struktur ayat yang betul.
4 Intervensi 2 Peserta kajian dikehendaki membina ayat lengkap
menggunakan kosa kata yang tepat berdasarkan
gambar dan perkataan yang diberikan.
5 Intervensi 3 Peserta kajian menjelaskan maksud perkataan
yang diberi dan membina ayat berdasarkan
perkataan yang diberi.
6 Latihan 1 Peserta kajian dikehendaki menulis ayat
berdasarkan gambar yang diberi tanpa perkataan
yang disediakan,
7 Ujian Pos Pengkaji menjalankan ujian pos kepada kepada
Fvbfgbgf bg peserta kajian.^
Kajian tindakan yang dijalankan mempunyai kerangka pelaksanaan agar
perjalanan kajian ini berjalan dengan lancar. Antara langkah tindakan yang telah
dilakukan oleh pengkaji terdiri daripada tujuh bahagian iaitu ujian pra,
penggunaan Munsyi Cilik, intervensi 1, intervensi 2, intervensi 3, latihan 1 dan
ujian pos. Langkah pertama, pengkaji telah mengenal pasti masalah penggunaan
kosa kata bahasa Melayu yang salah melalui ujian pra yang telah dijalankan
terhadap 13 orang murid. Setelah mengenal pasti masalah, pengkaji telah
merancang satu bahan bagi mengatasi masalah penggunaan kosa kata bahasa
Melayu yang salah. Bahan yang dihasilkan ialah Munsyi Cilik yang merupakan
sebuah buku yang mengandungi kosa kata bahasa Melayu. Penggunaan Munsyi
Cilik ini adalah untuk membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan kosa
kata bahasa Melayu dalam kalangan peserta kajian.