Kaedah Mengumpul Data
Data ialah maklumat yang dikumpulkan untuk membantu memudahkan proses
membuat penilaian atau sesuatu keputusan. Data juga dikenali sebagai butiran
atau maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpulkan berdasarkan sesuatu
tajuk atau topik yang ingin dibincangkan. Data yang terkumpul boleh dijadikan
instrumen terhadap sesuatu kajian. Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah
semasa proses mengumpul data kajian ini bagi mencapai objektif kajian yang
telah ditetapkan. Antaranya ialah kaedah pemerhatian, kaedah analisis dokumen
dan kaedah ujian.
Cara Menganalisis Data
Perancangan yang rapi sebelum memulakan kajian adalah merupakan satu
keperluan yang perlu dititikberatkan oleh pengkaji. Persiapan yang mencukupi
akan membantu memudahkan pengkaji untuk melaksanakan intervensi,
mendapatkan data dan juga membuat analisis data yang diperoleh dengan. Cara
menganalisis data merupakan salah satu perkara yang penting dalam sesebuah
kajian. Oleh itu, pengkaji telah menetapkan beberapa cara analisis data bagi
menjamin kelancaran kajian ini. Antaranya ialah menggunakan kaedah
pemerhatian, kaedah analisis dokumen dan kaedah ujian. Pengkaji telah
mengambil pendekatan analisis kandungan yang merupakan salah satu cara
untuk mendapatkan data sebagai bukti pelaksanaan kajian serta menjadi rujukan
semasa pelaksanaan kajian.
DAPATAN KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji telah menilai sejauh mana tahap keberkesanan Kaedah
Munsyi Cilik yang digunakan sebagai intervensi dalam mengatasi masalah
pengaruh bahasa pertuturan harian dalam penulisan ayat bahasa Melayu. Dalam
bab ini, pengkaji telah merancang dan membuat pembahagian analisis dapatan
kajian kepada tiga bahagian iaitu analisis data pemerhatian, analisis data
dokumen dan analisis data ujian. Data yang diperolehi telah dianalisis secara
kualitatif. Data dianalisis bagi melihat peningkatan tahap penguasaan murid
terhadap kosa kata bahasa Melayu. Turutan analisis data dalam menilai
keberkesanan penggunaan kaedah Munsyi Cilik dalam penulisan ayat Bahasa
Melayu adalah seperti berikut: