Berdasarkan perbandingan ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan terhadap
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam penulisan ayat
bahasa Melayu. Semasa ujian pra dijalankan, purata markah yang diperolehi oleh
peserta kajian adalah sekitar 4 hingga 5 markah sahaja. Dimana mengikut rubrik
penskoran, peserta hanya berada di tahap memuaskan manakala selepas ujian
pos dijalankan pengkaji mendapati bahawa peserta kajian telah mencapai tahap
cemerlang dimana markah yang diperoleh adalah sekitar 9 sehingga 10 markah.
Hal ini menunjukkan bahawa peserta kajian mempunyai peningkatan antara 4
hingga 5 markah.
Rajah 3 : Graf perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Berdasarkan graf di atas, tidak dapat dinafikan lagi bahawa empat daripada
peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dengan mencatat markah
yang tinggi iaitu 8 dan ke atas. Hanya peserta kajian D sahaja yang menunjukkan
peningkatan sebanyak 4% berbanding markah ujian pra yang dilaksanakan pada
awal kajian. Sehubungan itu, jelas bahawa peserta telah mencapai tahap
penguasaan yang cemerlang. Peningkatan ini membuktikan keberkesanan
Munsyi Cilik dalam membantu peserta kajian menguasai kosa kata bahasa
Melayu sekaligus meningkatkan kemahiran menghasilkan penulisan ayat bahasa
Melayu.
REFLEKSI
Melalui kajian tindakan ini, pengkaji diberi ruang dan peluang untuk menghasilkan
satu inovasi yang berbentuk maujud yang bersesuaian dengan kemampuan dan
tahap kecerdasan murid. Pelaksanaan intervensi terhadap kelima-lima peserta
kajian juga berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang dirancang
0
2
4
6
8
10
12
A B C D E
Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Pra
Ujian Pos