KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

sebelum memulakan kajian tindakan ini. Sepanjang proses pelaksanaan kajian
ini sama ada sebelum, semasa atau selepas, pengkaji telah mempelajari banyak
ilmu pengetahuan baharu dan merasaikan pengalaman sebenar dalam
menghadapi isu yang terdapat dalam sistem pendidikan yang terdapat di
Malaysia. Pengalaman yang berharga ini akan digunakan sebagai panduan untuk
meningkatkan mutu kualiti pengkaji sebagai seorang guru Bahasa Malaysia. Bagi
aspek kekuatan, Munsyi Cilik yang dihasilkan oleh pengkaji dengan saiz yang
sederhana dapat memudahkan peserta untuk sentiasa membawa Munsyi Cilik
dan juga mampu menarik peserta kajian untuk menggunakan bahan tersebut
dengan adanya penggunaan warna-warni. Bagi aspek kelemahan yang dapat
dikesan oleh pengkaji ialah memerlukan usaha daripada peserta kajian. Bahan
ini dihasilkan untuk membantu peserta kajian menambah kosa kata yang baharu
supaya dapat menghasilkan penulisan ayat yang lebih gramatis. Oleh itu, peserta
kajian perlu mengingati kosa kata yang terdapat dalam Munsyi Cilik tersebut.
Namun begitu, Pengkaji telah berjaya menyelesaikan kajian tindakan mengikut
perancangan yang telah ditetapkan. Walaupun terdapat beberapa kekangan
semasa menjalankan kajian tindakan ini, pengkaji tetap mempunyai ketabahan
yang tinggi untuk meneruskan kajian ini dan berusaha untuk menyelesaikan
kekangan yang timbul secara rasional. Secara kesimpulannya, berdasarkan
keseluruhan pengkaji dapat merumuskan bahawa peserta kajian telah
menunjukkan perkembangan yang sangat ketara apabila dapat menguasai
kemahiran menulis ayat lengkap yang gramatis dengan baik.


CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji, pengkaji mendapati
bahawa peserta kajian telah menunjukkan perubahan yang positif dalam
menghasilkan penulisan ayat bahasa Melayu setelah intervensi Munsyi Cilik
dilaksanakan. Hal ini membuktikan bahawa, penggunaan Munsyi Cilik dapat
membantu pengkaji menyelesaikan isu penguasaan kosa kata bahasa Melayu
dalam kalangan murid Tahun 5. Oleh itu, pengkaji meneruskan kajian dalam
aspek meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu dengan
menggunakan Munsyi Cilik. Penghasilan Munsyi Cilik adalah untuk menambah
penbendaharaan kosa kata bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 5. Oleh
itu, pengkaji telah menggunakan bahan tersebut untuk mengetahui
keberkesanaan Munsyi Cilik terhadap peserta kajian. Selain itu, pengkaji juga
mencadangkan penggunaan Munsyi Cilik bermula pada Tahun 1 lagi supaya isu
berkaitan kekurangan kosa kata dapat di atas dengan cepat. Hal ini kerana, isu

Free download pdf