KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

buku. Tarikh yang tertentu dipilih untuk melaksanakan Ujian Pra. Tujuan ujian tersebut
untuk meninjau kelemahan murid. Setelah disemak hasil jawapan murid, guru telah
dapat mengesan tahap kebolehan murid menjawab karangan fakta. Ujian Pos pula
dilaksanakan selepas empat tempoh pengajaran dan pembelajaran dengan aplikasi
Teknik Tapak Kiri 5P. Ujian Pos dibuat bagi menilai keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran penulisan karangan fakta menggunakan Teknik Tapak Kiri 5P.
Pemarkahan untuk kedua-dua ujian dilakukan secara holistik. Ini bermakna hasil
jawapan murid dinilai secara keseluruhan.
Analisis Markah Ujian Pra
Peserta kajian Jantina Skor (%) Tahap
P1 Lelaki 50 Memuaskan
P2 Perempuan 35 Lemah


™6NRUSHVHUWD
Min Skor Responden : ___
™ELOSHVHUWD


: 50+35
2
: 42.5


Min skor ujian yang telah dijalankan tersebut ialah 42.5. Berdasarkan jadual Penentu
Tahap Pencapaian, min skor ini masih berada tahap lemah. Ini bermaksud setiap
peserta kajian masih di tahap rendah dalam menjawab soalan membina karangan
berdasarkan draf. Pengkaji juga begitu optimis bahawa kedua peserta kajian
berpotensi untuk mencapai skor yang lebih baik serta berpotensi untuk mencapai
tahap cemerlang berdasarkan kepada hasil analisis Ujian Pra yang dijalankan.
Berdasarkan hasil dapatan ini, pengkaji ingin melihat keberkesanan penggunaan
Teknik Tapak Kiri 5P iaitu percambahan fikiran dalam mempertingkatkan mutu
pencapaian pelajar-pelajar Tahun 5 dalam bidang penulisan iaitu karangan berbentuk
fakta.
Analisis Markah Ujian Pos
Peserta Kajian Jantina Skor (%) Tahap
P1 Lelaki 75 Baik
P2 perempuan 65 Baik

Free download pdf