6NRUSHVHUWD
Min Skor Responden : ___
5HVSRQGHQ
: 75+65
2
: 70
Min skor Ujian Pos pula ialah 70. Ini menunjukkan terdapat peningkatan sebanyak
27.5 berbanding dengan min skor Ujian Pra. Berdasarkan jadual Penentu Tahap
Pencapaian, min skor ini berada di tahap baik. Ini bermakna kedua peserta kajian telah
dapat meningkatkan diri serta meletakkan diri mereka di tahap yang baik dalam
menjawab soalan membina karangan berdasarkan draf karangan.
Hasil analisis dari Ujian Pra juga memberikan gambaran kepada pengkaji
bahawa kedua peserta kajian sebenarnya mampu untuk mencapai skor yang lebih
baik lagi sekiranya mereka terus diberi lebih rangsangan kerana ia boleh
menambahkan minat dan kesungguhan mereka terhadap subjek Bahasa Melayu
khususnya melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik
dan berkesan. Pengkaji juga begitu optimis bahawa kedua peserta amat berpotensi
untuk mencapai skor yang lebih tinggi dan mencapai tahap cemerlang berdasarkan
kepada hasil analisis Ujian Pos telah yang dijalankan.
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji tindakan terhadap isu atau
masalah yang telah dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan praktikum di SK
Nongkolud, Tuaran selama 3 bulan. Masalah yang dikaji iaitu penulisan karangan fakta
murid tahun 5 khususnya kelas 5 Jujur dan 5 Intelek adalah dikenalpasti ketika
pengkaji menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersama murid kelas
tersebut. Kemudian 2 orang peserta kajian telah dipilih sebagai data kepada kajian
yang dijalankan oleh pengkaji sama ada berkesan atau tidak. Pengkaji kemudian
membuat refleksi kekuatan dan kelemahan sesi PdP yang dijalankan oleh pengkaji.
Pengkaji mendapati bahawa beberapa masalah dikenalpasti dalam sesi Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) yang berfokus kepada kemahiran menulis.
Dalam sesi PdP, pasti ada kekurangan yang dikenalpasti kerana tidak semua
pengajaran akan 100% mencapai objektif pada setiap sesi. Setiap aktiviti menulis pasti