tidak dapat disempurnakan dalam masa yang singkat jika tidak dijalankan secara
sistematik. Flower dan Hayes (1981), menyatakan bahawa semasa aktiviti menulis,
penulis-penulis akan merancang (prapenulisan), menyemak serta menulis semula.
Smith (1982), juga menyatakan bahawa prapenulisan, penulisan dan penulisan
semula merupakan proses seiringan. Penulis akan menulis pelbagai draf dan akan
menyemak karangan mereka secara seiringan. Proses yang panjang ini
sememangnya memakan masa yang bukan singkat dalam satu aktiviti menulis.
Daripada kajian-kajian lalu ini, pengkaji menyedari betapa penting penggunaan draf
dalam penulisan karangan fakta apatah lagi peserta kajian adalah dalam kalangan
murid tahun 5 yang baru sahaja mula mengembangkan kemahiran bahasa kepada
kemahiran bahasa tertinggi iaitu menulis.
REFLEKSI
Melihat kepada refleksi sepanjang kajian, pengkaji melihat dahulu bagaimana proses
pengumpulan data awal dijalankan. Semasa tempoh berpraktikum, pengkaji banyak
memerhati bagaimana kajian tindakan dijalankan oleh pendidik yang lain sama ada
guru yang sudah dilantik atau melihat kepada mereka yang baru menamatkan
pengajian dalam Institut Pendidikan Guru Kent, Tuaran sendiri. Perkara yang cukup
memberi kesan adalah bagaimana pengkaji mula mempelajari cara kajian tindakan
dilakukan dalam menyelesaikan satu isu. Penyelidikan yang mendalam terhadap isu
memerlukan pelbagai sumber termasuklah panduan daripada pensyarah pembimbing
ketika kajian dijalankan. Selain itu, pengkaji juga telah melihat isu kemahiran menulis
karangan dalam kalangan murid tahun 5 secara mendalam dengan meningkatkan
pembacaan literatur terhadap jurnal dan artikel yang pernah dijalankan oleh pengkaji
sebelum ini. Antara kajian yang selari dengan yang dijalankan oleh pengkaji sebagai
dukungan kepada isu yang dikenalpastti adalah keupayaan penggunaan peta
pemikiran dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan fakta tahun 5. Walaupun
kajian yang dijalankan adalah berupa kajian kes, sedikit sebanyak pembacaan
terhadap hasil kajian adalah sesuatu yang dapat mendokong hasil dapatan kajian
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berfokus kepada Teknik Tapak Kiri 5P pula, guru yang menggunakan teknik perlu
membuat penerangan dengan jelas terhadap manual penggunaan teknik, bukan
hanya sekadar meminta murid menyenaraikan isi melalui grafik tapak tangan sahaja.
Sebaiknya murid perlu didedahkan dahulu dengan pembinaan draf karangan sehingga
mereka mahir mengekstrak isi yang disenaraikan dalam draf tapak tangan sehingga
boleh menghasilkan satu karangan yang lengkap. Latihan demi latihan yang dibuat