Objektif Kajian
x Meningkatkan kemahiran membina ayat dalam kalangan murid menggunakan
kaedah Burger Ayat PDOT.
Soalan Kajian
x Bagaimanakah kaedah menggunakan kaedah Burger Ayat PDOT dapat membantu
meningkatkan kemahiran membina ayat.
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian yang dipilih ialah murid tahun empat daripada sekolah sekitar Pekan
Tenghilan yang terdiri daripada murid tahun empat. Tahap penguasaan peserta kajian ialah
sederhana dan mempunyai penguasaan lemah dalam kemahiran membina ayat.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Model Kurt Lewin (1948)
Pengkaji telah memilih model Kurt Lewin sebagai panduan utama pengkaji. Dalam model
ini, pengkaji akan melaksanakan empat peringkat utama dalam melaksanakan kajian
tindakan. Antara proses yang terlibat ialah merancang, tindakan, pemerhatian dan refleksi.
Pada peringkat pertama, pengkaji telah mengenalpasti masalah peserta kajian melalui
latihan-latihan yang telah dilakukan oleh peserta kajian. Melalui latihan tersebut, pengkaji
telah merancang satu kaedah bagi mengatasi masalah tersebut iaitu menggunkan kaedah
Burger Ayat PDOT. Bagi memastikan masalah tersebut benar berlaku satu ujian pra telah
dilakukan.
Melalui dapatan data yang diperolehi, pengkaji menganalisis setiap peserta kajian
dan telah menjalankan dua sesi intervensi. Bagi mengukuhkan lagi kemahiran tersebut,
latihan pengukuhan diberikan setelah selesai sesi intervensi tersebut. Pemerhatian
dijalankan sama ada langkah yang dilaksanakan tersebut dapat memenuhi objektif yang
disasarkan. Oleh itu, tiga kaedah yang digunakan bagi mengukur setiap pencapaian yang
dilakukan oleh peserta kajian. Akhir sekali, sesi refleksi dijalankan bagi melakukan
penambahbaikan untuk kaedah yang telah dilakukan. Terdapat beberapa tindakan susulan
dicadangkan bagi meningkatkan lagi kaedah ini.
Merancang Tindakan Pemerhatian Refleksi