KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Analisis Dokumen


Sebelum Intervensi
Selepas Intervensi

Gambar 1 Peserta kajian sebelum dan selepas sesi intervensi

Analisis Dokumen merupakan satu bentuk penelitian kualitatif yang dilakukan oleh
pengkaji di mana pengkaji akan menganalisis data yang terdapat pada dokumen
yangdiperlukan untuk menilai data yang ada. Secara amnya, analisis dokumen ialah
pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan daripada analisis kandungan yang
merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi yang dicetak, disiarkan atau
digambarkan (Kamarul Azmi Jasmi, 2012).
Berdasarkan ujian pra dan pos berlaku perbezaan ketara antara setiap daripada
markah ujian tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa, peserta kajian sudah mula
menguasai kemahiran membina ayat melalui kaedah Burger Ayat PDOT. Secara tidak
langsung, ini menjadikan peserta kajian semakin bersemangat untuk mengikuti sesi
PdP bahasa Melayu. Justeru itu, sekiranya diteliti dalam ujia pra tersebut, banyak
berlaku kesalahan dalam bahasa Melayu termasuklah kesahan ejaan dan tatabahasa.
Namun demikian, selepas intervensi dilakukan peserta kajian semakin berhati-hati
dalam menjawab soalan yang diberikan oleh pengkaji. Ini bermakna, peserta kajian
semakin tertarik untuk mempelajari bahasa Melayu.


Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengukur
pembolehubah penyelidikan. Penyelidikan tersebut hendaklah dilakukan secara
saintifik iaitu tepat, sistematik dan berobjektif (Malek Muhammad Said, 2007). Hal ini
bermakna, pengkaji akan menjalankan peranan sebagai pemerhati yang peka
terhadap perubahan-perubahan tingkah laku peserta kajian bagi mendapatkan data
mentah yang diperlukan. Dalam kajian ini, pengkaji telah melaksanakan kaedah
pemerhatian terhadap empat orang peserta kajiannya supaya dapat menyiasat
dengan lebih mendalam masalah yang dikenalpasti dan boleh memberikan maklumat
yang lebih tepat dan diperlukan.

Free download pdf