W
(Watak)
A
(Aktiviti)
D
(Kata SenDi)
AH
(Apa Huraian)
Watak yang
terdapat di
dalam gambar.
(Ali, seorang
wania)
Aktiviti yang
dilakukan oleh
watak
(Menyusun,
makan)
Kata sendi
yang
disediakan
Huraian yang
sesuai dengan
kata sendi
(tempat dsb)
Rajah 1: Jadual Elemen WADAH
OBJEKTIF KAJIAN
i. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina
ayat berdasarkan gambar.
ii. Mengaplikasikan Kaedah WADAH untuk meningkatkan
penguasaan membina ayat berdasarkan gambar.
SOALAN KAJIAN
i. Adakah penggunaan Kaedah WADAH dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat berdasarkan
gambar?
ii. Adakah murid Tahun 5 dapat mengaplikasikan Kaedah WADAH
untuk menguasai kemahiran membina ayat berdasarkan gambar?
PESERTA KAJIAN
Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai lima
orang murid daripada 24 murid Tahun 5 di salah sebuah sekolah kebangsaan
daerah Tuaran. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada tiga orang murid lelaki
dan dua orang murid perempuan.