Jadual 1 : Jadual hasil pemerhatian terhadap peserta kajian berdasarkan borang
pemerhatian
Berdasarkan analisis perbandingan yang dijalankan, saya dapat
menyimpulkan bahawa peningkatan peratus peserta kajian berada di tahap yang
memberangsangkan. Jika dilihat pada data di atas, hasil data yang ditunjukkan
sebelum intervensi dijalankan adalah kurang memuaskan saya kerana kemahiran
tatabahasa peserta kajian berada di tahap yang sangat rendah. Namun, selepas
intervensi dijalankan, dapatan data pemerhatian menunjukkan bahawa peserta
kajian telah mencatatkan peratusan kekerapan yang baik sert berada di tahap yang
memuaskan dan sangat memuaskan.
Analisis Soal Selidik
Soal selildik akan dianalisis secara kualitatif untuk menganalisis dapatan data
daripada hasil soal selidik menggunakan indikator minat yang sesuai. Data yang
diperoleh hasil daripada soal selidik ini akan dianalisis secara kualitatif bagi
mendapatkan nilai peratusan dan kekerapan respon yang diberikan oleh peserta
kajian mengikut item yang telah disediakan. Bagi soal selidik, saya telah mengira
skor jawapan peserta kajian untuk mengetahui dan menarik minat peserta kajian
terhadap kemahiran tatabahasa.
ITEM PENYATAAN YA TIDAK PERATUS (%)
YA TIDAK
1 Saya gembira belajar Kata Sendi
Nama daripada?
5 - 100 -
2 Saya seronok berada di dalam kelas
ini?
5 - 100 -
3 Saya bersemangat untuk belajar
tentang Kata Sendi Nama daripada?
5 - 100 -
4 Saya bersemangat untuk
menggunakan KIT AKRODA?
5 - 100 -
5 Saya lebih senang belajar
menggunakan KIT AKRODA yang
diperkenalkan?
5 - 100 -
6 Saya rasa lebih tenang apabila guru
menggunakan pengajaran yang
menyeronokkan?
5 - 100 -
7 Saya boleh memberi perhatian
penuh semasa guru mengajar?
5 - 100 -
8 Saya rasa ingin belajar untuk lebih
menguasai kemahiran tatabahasa
iaitu Kata Sendi Nama daripada?
5 - 100 -