KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan
Bahan Rangsangan Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Menggunakan Teknik
SiBAD-SKUAD

Nor Fadzilah Binti Mohd Nokawi, Noor Salawati Binti Abu Bakar

Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid Tahun 5 yang lemah dalam menguasai
dan meningkatkan prestasi kemahiran membina ayat majmuk yang mudah berdasarkan
bahan rangsangan. Pengkaji menggunakan teknik SiBAD-SKUAD sebagai rawatan terhadap
permasalahan ini. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah yang terletak di daerah Gelugor,
Pulau Pinang. Peserta kajian terdiri daripada 5 orang murid Tahun 5 iaitu 3 orang murid lelaki
dan 2 orang murid perempuan. Pengkaji menjalankan kajian berorientasikan Model
Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946). Pengkaji telah menggunakan tiga instrumen bagi
mengumpul data kajian iaitu ujian (ujian pra dan ujian pasca), analisis dokumen dan
pemerhatian. Intervensi telah dijalankan bagi meningkatkan tahap penguasaan peserta kajian
dalam membina ayat majmuk yang mudah berdasarkan bahan rangsangan. Berdasarkan
dapatan kajian, didapati bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam
ujian pasca. Hal ini membuktikan teknik SiBAD-SKUAD berjaya membantu peserta kajian
dalam meningkatkan penguasaan membina ayat majmuk mudah dalam kalangan murid
Tahun 5.


Kata kunci: ayat majmuk, bahan rangsangan, teknik SiBAD-SKUAD

Free download pdf