KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Kemahiran berbahasa merupakan isu yang amat signifikan dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah sejak dahulu lagi. Kemahiran
didefinisikan sebagai kepandaian atau kecekapan seseorang individu. Manakala
μEHUEDKDVD¶SXODPHPEDZDPDNVXGPHQJJXQDNDQDWDXPHQJDSOLNDVLNDQVHVXDWX
bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Acap kali kita mendengar isu kemahiran
berbahasa sering diperbahaskan antaranya isu berkaitan masalah penguasaan
kemahiran menulis dalam kalangan murid. Abdul Rasid & Zulkifli (2008) (dalam
Abdul Rasid Jamian, 2011) menyatakan bahawa masalah menguasai kemahiran
menulis yang menyebabkan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran
bahasa Melayu adalah disebabkan ketidakcekapan mereka menguasainya.


Kemahiran menulis sering menjadi masalah utama khususnya bagi mata
pelajaran bahasa Melayu tidak kira walau peringkat rendah atau menengah.
Kemahiran menulis sewajarnya dikuasai oleh murid terutama sejak peringkat rendah
lagi agar kelemahan tersebut tidak memberikan impak yang berlarutan kepada aspek
lain seperti menggunakan bahasa pasar semasa menulis ayat, struktur ayat tidak
tersusun dan tanda baca tidak menepati ciri-ciri penulisan yang sebenar. Secara
tidak langsung, kegagalan murid dalam menguasai kemahiran menulis akan
menyebabkan kualiti pembelajaran menurun di samping memberikan kesan dalam
kehidupan seharian.


Kajian yang dijalankan ini lebih memberikan tumpuan kepada penguasaan
kemahiran menulis mekanis dalam kalangan murid-murid yang mana mereka
dikehendaki membina ayat majmuk berdasarkan bahan rangsangan iaitu gambar
tunggal dengan menggunakan beberapa pilihan kata hubung yang disediakan
melalui teknik jadual SiBAD-SKUAD. Teknik SiBAD-SKUAD ini lebih menekankan
penguasaan kemahiran membina ayat majmuk menggunakan lima pilihan kata
hubung iaitu {sambil, kerana, untuk, agar, dan} berbanding ayat tunggal bagi melatih
murid Tahun 5 membina ayat dalam konteks yang lebih meluas dan gramatis selaras
dengan tahap penguasaan cemerlang menurut standard prestasi kemahiran menulis
iaitu membina dan menulis ayat pada tahap sangat terperinci, konsisten dan menjadi
model teladan. Oleh itu, teknik SiBAD-SKUAD menjadi salah satu teknik yang
diperkenalkan kepada murid-murid Tahun 5 untuk memudahkan proses membina
ayat majmuk dengan menggunakan jadual serta kata hubung yang telah disediakan.

Free download pdf