KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

dijalankan. Semua peserta kajian juga dilihat tiada mempunyai sebarang masalah
dalam menggunakan kata hubung dengan tepat (item 4) sama ada sebelum
intervensi dan selepas intervensi iaitu kelima-lima peserta kajian dapat
menggunakan kata hubung dengan betul. Peningkatan turut berlaku apabila kelima-
lima peserta kajian berjaya membina 5 ayat yang sesuai berdasarkan gambar (item
5) selepas intervensi dijalankan berbanding data sebelum intervensi dijalankan iaitu
seramai 3 orang peserta kajian sahaja. Oleh itu, data pemerhatin yang ditunjukkan di
atas jelas membuktikan bahawa teknik SiBAD-SKUAD dapat meningkatkan
penguasaan murid dalam kalangan Tahun 5 untuk membina ayat majmuk mudah
berdasarkan bahan rangsangan.


c) Analisis Dokumen


Setelah memperoleh markah para peserta kajian dalam menjalankan keempat-
empat peringkat intervensi, pengkaji telah membuat perbandingan markah bagi
kesemua intervensi dalam bentuk jadual. Perbandingan markah bagi kesemua
intervensi menunjukkan peningkatan yang baik dan ketara untuk menguji kefahaman
peserta kajian mengenai teknik SiBAD-SKUAD yang dipelajari. Secara keseluruhan,
kelima-lima peserta kajian menunjukkan peningkatan dalam menjalani intervensi
teknik SiBAD-SKUAD. Berikut merupakan jadual markah bagi setiap intervensi yang
telah dijalankan kepada setiap peserta kajian.


Jadual 4: Perbandingan Markah Intervensi Setiap Peserta Kajian


Peserta Kajian Markah
Intervensi 1
( / 9%)

Markah
Intervensi 2
( / 5%)

Markah
Intervensi 3
( / 10%)

Markah
Intervensi 4
( / 10%)
A 9 5 10 10
B 9 5 10 10
C 9 5 10 9
D 9 5 10 9
E 9 5 9 9
Free download pdf