KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PENGENALAN

Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard
Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR). Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia
(2018), terdapat empat kemahiran bahasa dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah
rendah, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis.


Kemahiran menulis adalah asas kepada proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah.
Berdasarkan KPM (2018) kemahiran menulis mempunyai hubung kait dengan ilmu
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui oleh murid. Pada masa yang sama,
kemahiran menulis haruslah diberi penekanan terhadap beberapa aspek iaitu ayat
yang ditulis mestilah gramatis, penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul, serta
yang turut diberi penekanan adalah tulisan murid mestilah jelas dan kemas. Bukan
itu sahaja, menurut KPM (2018) murid turut digalakkan untuk menulis mengikut
kreativiti dalam penulisan yang berunsur pengetahuan atau imaginasi.


Kemahiran membina ayat tunggal dengan lengkap dan gramatis ini dapat
dilatih dengan menggunakan teknik pengajaran yang betul dan sesuai. Menurut Tee
Tza Kiong, Jailani bin Md Yunos, Baharom bin Mohamad, Widad Bt. Othman & Yee
Mei Heong (2010), pemilihan bahan pengajaran dengan teknik adalah salah satu
cara yang dapat menyelsaikan masalah dalam membina ayat. Kesimpulannya, teknik
yang berkesan haruslah dilaksanakan terhadap murid supaya dapat menambah baik
keadaan dan kesalahan yang dihadapi oleh murid. Dengan ini, murid dapat
meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan lengkap menggunakan
teknik yang telah dirancang serta diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.


Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa pelaksanaan praktikum fasa satu,
sebilangan besar murid tahun tiga bagi kelas yang diajar agak lemah dalam aktiviti
membina ayat khususnya ayat tunggal. Meskipun dibantu bahan grafik seperti
gambar semasa latihan membina ayat, kebanyakan murid-murid ini hanya
menyatakan frasa kerja bagi setiap gambar tersebut. Hanya sebilangan kecil
daripada keseluruhan kelas yang mampu membina ayat tunggal yang lengkap
dengan subjek dan predikatnya.


Bagi menangani masalah ini, guru-guru Bahasa Melayu melaksanakan
pelbagai jenis kaedah dan teknik pengajaran serta menggunakan bahan bantu
mengajar (BBM) yang pelbagai untuk membantu murid-murid mereka dalam

Free download pdf