SHQJJXQDDQ WHNQLN μ-DGXDO 7DQ\D GDODP PHQLQJNDWNDQ SHQJXDVDDQ NHPDKLUDQ
membina ayat tunggal.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen ujian pra dan pasca, analisis
dokumen dan pemerhatian sepanjang proses intervensi, analisis keputusan ujian
untuk mengumpul data bagi membuktikan masalah berkaitan dengan kelemahan
dalam membina ayat tunggal ini dapat ditangani.
DAPATAN KAJIAN
Kaedah yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang
peserta kajian adalah ujian pra dan pasca, analisis dokumen dan pemerhatian. Data-
data yang diperoleh melalui kaedah pengumpulan telah dianalisis ke atasnya.
Pengkaji dapat melaporkan hasil kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi
daripada peserta kajian dengan menganalisis data.
Sebelum pelaksanaan intervensi, pengkaji menjalankan ujian pra terlebih
dahulu. Ujian pra dijalankan dalam bentuk membina ayat berdasarkan bahan grafik
yang diberikan. Tujuan ujian pra juga adalah untuk mengesan tahap penguasaan
peserta kajian dalam kemahiran membina ayat gramatis. Pengkaji telah menetapkan
kriteria pemarkahan berdasarkan garis panduan memeriksa kertas penulisan
bahagian A membina ayat.
Berdasarkan kepada analisis penilaian yang dilakukan terhadap ujian pra,
pengkaji mendapati masalah yang dihadapi oleh peserta kajian iaitu kemahiran
membina ayat tunggal dengan lengkap. Terdapat sebilangan peserta kajian
membina ayat tunggal dengan betul berpandukan grafik yang disediakan oleh
pengkaji. Namun, ayat yang dibina terlalu ringkas serta mempunyai ketiadaaan unsur
keterangan di bahagian belakang predikat ayat. Pengkaji juga mendapati bahawa
Analisis
Dokumen
Ujian
(Pra dan
Pasca)
Pemerhatian