KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan Model Penyelidikan Kajian Tindakan
Kurt Lewin (1946). Model ini sangat sesuai digunakan dan diyakini sebagai
pengasas kepada penyelidikan, yang menekankan bahawa kajian tindakan
melibatkan satu kitaran yang mengamalkan proses penambahbaikan berterusan
(Faridah Puteh, 2018). Dalam hal ini, Model Kurt Lewin (1946) terdiri daripada
empat peringkat seperti rajah di bawah;
Rajah 1: Model Penyelidikan Kurt Lewin
Berdasarkan peringkat Model Kurt Lewin dalam Rajah 4, kajian dimulakan
dengan proses merancang iaitu merujuk kepada penghasilan idea penyelesaian
berkaitan isu yang telah dikenal pasti. Kemudian, perancangan penyelesaian pada
periQJNDWSHUWDPDEHUNHQDDQLVXNHVDODKDQSHQXOLVDQKXUXIEHVDUGDQNHFLOμV¶μN¶
GDQμF¶GLEDZDSXODNHSHULQJNDWNHGXDLDLWXSURVHVEHUWLQGDN3URVHVEHUWLQGDN
merupakan proses pelaksanaan intervensi. Pelaksanaan intervensi didahulukan
dengan mengadakan ujian pra, pemerhatian berstruktur dan rekod analisis lembaran
kerja terlebih dahulu. Selepas intervensi dijalankan, data dikumpul semula bagi
membuat perbandingan sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi. Seterusnya,
proses memerhati diteruskan selepas rekod data dikumpul sebaik sahaja intervensi
dijalankan bagi melihat keberkesanaan proses tindakan tersebut.
Merancang
Bertindak
Memerhati
Mereflek Kitaran Satu
kajian