penting ada pada setiap bahagian origami yang dihasilkan. Dengan menggunakan
origami KeKuNa yang disertakan dengan warna, bentuk dan kata kunci yang
menarik, ianya dapat menarik minat dan tumpuan murid untuk mengikuti proses PdP
yang dilaksanakan guru.
Objektif dan Soalan Kajian
Objektif Kajian
Objektif khusus kajian ini adalah bertujuan untuk:
z Meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar pada pangkal ayat
dalam kemahiran menulis murid.
z Meningkatkan penguasaan penggunaan tanda noktah pada akhir ayat
dalam kemahiran menulis murid.
Soalan Kajian
Secara khusus, kajian tindakan ini diharapkan dapat menjawab soalan-soalan yang
berikut:
- Adakah penggunaan teknik origami KekuNa dapat meningkatkan
penguasaan penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dalam
kemahiran menulis murid? - Adakah penggunaan teknik origami KekuNa dapat meningkatkan
penguasaan penggunaan tanda noktah pada akhir ayat dalam kemahiran
menulis murid?
Metodologi
Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian yang dikenali sebagai kaedah
campuran atau mixed method. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah yang
menggabungkan antara pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Namun
demikian, pengkaji lebih memfokuskan kepada pendekatan kualitatif berbanding
pendekatan kuantitatif.
Pendekatan kualitatif merupakan kaedah penyelidikan yang mengkaji kepada
sesuatu fenomena dan situasi dalam konteks sebenar atau semula jadi. Pendekatan
ini juga menggunakan kaedah inkuiri yang bukan bersifat statistikal. Misalnya,
pengkaji akan mendapatkan kefahaman mendalam daripada subjek kajian melalui
sikap, emosi, kepercayaan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh subjek kajian.
Selain itu, kaedah peQ\LDVDWDQ XQWXNPHQMDZDE SHUVRDODQ NDMLDQ³PHQJDSD ́ GDQ
³EDJDLPDQD ́ MXJD GLJXQDNDQ GDODP SHQGHNDWDQ LQL -XVWHUX GDODP PHQMDODQNDQ