KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

lima murid yang telah dikenalpasti dalam mencapai kemahiran menulis yang lebih
baik.


Pernyataan Masalah


Beberapa subjek kajian yang telah dikenal pasti iaitu empat orang murid sering
kelihatan bosan dan tidak aktif sehingga mereka tidak dapat mencapai objektif
pembelajaran yang diingini. Hal ini kerana, mereka menghadapi kekeliruan dan tidak
menguasai sepenuhnya terhadap peraturan-peraturan asas dalam kemahiran
menulis sehingga mereka sering melakukan kesalahan dalam menulis iaitu tidak
menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dan tidak meletakkan tanda noktah
pada penghujung ayat. Malah ini membawa kepada masalah lain iaitu murid sukar
untuk mendapatkan markah yang lebih baik kerana markah telah ditolak daripada
kesalahan-kesalahan dalam kemahiran menulis yang telah dilakukan. Oleh yang
demikian kajian tindakan ini memfokuskan kepada permasalahan murid iaitu murid
tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat dan tidak meletakkan tanda
noktah pada penghujung ayat.


Menurut Jamaludin & Zaidatun (2003), teknik pengajaran mempunyai hubungan
yang signifikan dengan penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam
kalangan murid. Justeru, pemilihan teknik dan juga bahan pengajaran yang baik dan
sesuai dengan minat dan pengetahuan sedia murid perlu dipertimbangan secara
terperinci. Oleh yang demikian, dalam membantu ketiga-tiga orang murid tersebut,
pengkaji memilih pendekatan menggunakan bahan yang mudah difahami dan selalu
digunakan oleh murid pada peringkat umur mereka. Dengan demikian, pengkaji
dapat membantu murid untuk memahami peraturan-peraturan asas dalam kemahiran
menulis sekaligus mengaplikasikannya secara langsung. Dengan adanya origami
KeKuNa, murid akan mudah untuk menggunakannya, memahami, menguasai dan
meminimumkan kesalahan yang biasa dilakukan dalam kemahiran menulis. Malah,
dengan penggunaan origami, ianya dapat mewujudkan suasana proses PdP yang
lebih aktif serta menyeronokkan sekaligus mengubah pemikiran ketiga-tiga murid
tersebut sebelum ini yang berpendapat bahawa kemahiran menulis dalam subjek BM
sukar untuk difahami, dikuasai dan dicapai.


Justeru, pengkaji memfokuskan penggunaan origami KeKuNa yang sangat
mudah untuk digunakan dan tidak memerlukan murid untuk menggunakan peranti
seperti telefon bimbit atau internet sama sekali. Origami KeKuNa yang dihasilkan
juga boleh dihasilkan oleh murid sendiri mengikut kreativiti masing-masing dan
bimbingan pengkaji. Pengkaji akan memastikan setiap maklumat dan kata kunci

Free download pdf