Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Hasil daripada dapatan kajian yang telah dilaksanakan, pengkaji merumuskan
bahawa penguasaan peserta kajian dalam menggunakan huruf besar dan tanda
noktah dalam kemahiran menulis menunjukkan prestasi peningkatan yang ketara.
Hal ini dapat dibuktikan melalui perbandingan pencapaian peserta kajian semasa
ujian pra dan ujian pos yang menunjukkan perbezaan besar. Malah, melalui latihan-
latihan secara ansur maju semasa intervensi dilaksanakan, peserta kajian
menunjukkan perkembangan yang positif dan meningkat. Namun, peningkatan ini
tidak akan berlaku, sekiranya pengkaji tidak memperkenalkan origami KeKuNa
kepada peserta kajian. Hal ini demikian kerana, kegunaan origami KeKuNa amat
membantu peserta kajian dalam memahami dan menguasai penggunaan huruf besar
dan tanda noktah semasa aktiviti menulis. Bukan itu sahaja, pengkaji juga amat
berasa gembira apabila melihat peserta kajian yang sebelum ini tidak dapat menulis
huruf besar pada permulaan ayat dan tanda noktah pada akhir ayat mampu
membuktikan bahawa mereka boleh melaksanakannya dengan lebih baik dan penuh
keyakinan tanpa melihat pada jawapan rakan-rakan yang lain semasa ujian pos
dilaksanakan. Malah, ini dapat memberi suntikan motivasi kepada pengkaji bahawa
sebagai pendidik, kita perlulah sentiasa memberi peluang kepada murid-murid yang
lemah dalam menguasai topik pelajaran dan berusaha memberi pendekatan yang
pelbagai serta kreatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi murid.
Pendekatan yang pelbagai dapat dicontohi dengan origami KeKuNa yang digunakan
oleh pengkaji dalam membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan dalam
menggunakan huruf besar dan tanda noktah semasa menulis. Peserta kajian dilihat
begitu tertarik dengan bentuk, simbol dan warna yang terdapat pada origmai
KeKuNa di samping mudah diaplikasikan dalam melatih peserta kajian untuk
menguasai penggunaan huruf besar dan tanda noktah dalam kemahiran menulis.
Bagi cadangan penambahbaikan, pengkaji mencadangkan kegunaan origami
KeKuNa akan diubah suai bagi pencapaian isi pelajaran yang lain seperti
meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar bagi kata nama khas dan
penggunaan tanda baca yang lain seperti tanda koma, tanda seru, tanda soal yang
boleh dijadikan sebagai intervensi pada kajian yang akan datang. Selain itu, pengkaji
juga mencadangkan agar kajian akan datang dilaksanakan dengan fokus kajian iaitu
PHQLQJNDWNDQSHQJXDVDDQPXULGGDODPPHQJJXQDNDQDQWDUDKXUXIEHVDU³. ́GDQ
³& ́GDQKXUXINHFLO³N ́GDQ³F ́+DOLQLNHUDQDSHQXOLVDQKXUXIEHVDUGDQKXUXINHFLO
bagi kedua-dua huruf ini sering menimbulkan permasalahan dalam penulisan murid
yang menyebabkan mereka boleh kehilangan markah. Pengkaji juga berharap agar