KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN
0(1**81$.$1-$'8$/μ,6%$0,3¶DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5
MUHAMMAD IZZUDDIN ARIF BIN ROSLAN
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]

ABSTRAK
Kajian tindakan ini adalah mengenai penggunaan teknik Jadual ISBAMIP dalam
membantu murid tahun 5 untuk meningkatkan kemahiran mengembangkan isi
karangan. Peserta kajian tindakan terdiri daripada 4 pelajar, iaitu 1 lelaki dan 3
perempuan yang berbeza tahap pencapaian akademik di salah sebuah sekolah
rendah di daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
murid mengembangkan isi karangan dan juga mambantu murid mengaplikasikan
teknik Jadual ISBAMIP dalam menghasilkan sebuah karangan yang baik. Kajian ini
dilaksanakan berdasarkan model penyelidikan Kurt Lewin (1948) yang melibatkan
empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Ujian penilaian
(Ujian Pra dan Ujian Pos), analisis dokumen, soal selidik dan pemerhatian telah
digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dalam kajian ini. Oleh itu, data yang
dikumpul melalui kaedah ini dianalisis bagi membuktikan keberkesanan intervensi
dalam menangani isu kajian. Dapatan kajian jelas membuktikan teknik Jadual
ISBAMIP dapat meningkatkan kemahiran murid mengambangkan isi karangan
dengan lebih baik. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat membantu murid dan guru
untuk meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan menggunakan teknik
Jadual ISBAMIP dalam kalangan murid tahun 5 dengan betul pada masa akan
datang.

Free download pdf