KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN


Pendidikan peringkat rendah merupakan pendidikan yang sangat penting.
Pendidikan peringkat rendah ini adalah bertujun untuk melahirkan yang seimbang
serta berkembang secara menyeluruh dan baik. Bersesuaian dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek
rohani, emosi dan jasmani. Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib
dipelajari di peringkat sekolah.


Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran menulis ini hendaklah dikuasai oleh murid-
murid. Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun menyatakan bahawa menguasai
kemahiran menulis ini adalah penting dan dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu.


Kemahiran menulis adalah merujuk kepada kebolehan murid mengolah buah
fikiran melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.
Penulisa yang mantap adalah penulisan yang mempunyai ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejan yang betul serta tulisan yang kemas dan jelas.


FOKUS KAJIAN


Kajian yang akan dijalankan adalah merupakan satu aspek yang berkaitan dengan
kemahiran menulis yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu.


Kajian ini dijalankan adalah untuk menfokuskan kepada kemahiran murid-
murid mengolah dan mengembangkan idea semasa menulis karangan. Masalah
yang dihadapi oleh murid-murid adalah kemahiran menulis iaitu kemahiran
mengarang karangan berbentuk fakta mahupun bukan fakta.


OBJEKTIF KAJIAN


i. Meningkatkan kemahiran mengolah dan mengembangkan idea untuk menulis
karangan bagi murid tahun 5 menggunakan jadual ISBAMIP.

ii. Meningkatkan penguasaan penggunaan jadual ISBAMIP dalam kalangan
murid tahun 5 untuk menghasilkan penulisan karangan.
Free download pdf