KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Pemerhatian
Pemerhatian yang dijalankan merupakan jenis pemerhatian tidak berstruktur di mana
pemerhatian akan dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Tujuan pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat kesediaan dan
tahap minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


CARA MENGANALISIS DATA
Analisis Data Ujian
Pengkaji telah menjalankan ujian pra dalam bentuk lembaran kerja yang diberikan
kepada peserta kajian. Ujian pra mengkehendaki murid untuk menulis sebuah
karangan. Ujian pra ini dijalankan untuk menguji tahap kemahiran murid untuk
mengembangkan isi karangan. Pengkaji menyemak kertas ujian pra dan ujian pos
mengikut penetapan julat dan gred markah oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
(2016).
Analisis Dokumen
Dalam melihat dan mengetahui permasalahan murid dalam kemahiran
mengembangkan isi karangan, pengkaji telah mengenal pasti permasalahan peserta
melalui kaedah analisis dokumen. Dalam melaksanakan kajian ini, analisis dokumen
dilakukan berpandukan daripada ujian pra dan ujian pos yang dijalankan. Pengkaji
telah menganalisis ujian pra dan ujian pos dan melihat beberapa kelemahan dan
masalah murid dalam mengembangkan isi karangan. Hal ini dapat dibuktikan melalui
hasil ujian pra yang dijalankan. Pengkaji mendapati permasalahan yang timbul ketika
ujian pra yang saya jalankan. Berdasarkan analisis, karangan yang dihasilkan tidak
menepati rubrik penskoran yang telah diubahsuai berdasarkan sumber Lembaga
Peperiksaan Malaysia (2016).
Borang Pemerhatian
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji telah membuat pemerhatian
terhadap pemerhatian peserta semasa melaksanakan ujian pra dan juga ujian pos
berdasarkan apa yang telah ditetapkan pada peserta. Terdapat lima item yang
diajukan dalam borang pemerhatian ini. Pemerhatian ini akan dinilai oleh pengkaji.
Pengkaji akan melakukan pemerhatian semasa peserta melaksanakan ujian pra dan
ujian pos.

Free download pdf