KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

`KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Objektif Kajian Soalan Kajian

Kaedah Pengumpulan
Data

i. Meningkatkan
kemahiran mengolah dan
mengembangkan idea untuk
menulis karangan bagi
murid tahun 5 menggunakan
jadual ISBAMIP.


i. Adakah jadual
ISBAMIP dapat membantu
murid tahun 5
meningkatkan kemahiran
menulis karangan dan
mengembangkan idea?


  • Ujian Pra dan
    Ujian Pos

  • Pemerhatian


ii. Meningkatkan
penguasaan penggunaan
jadual ISBAMIP dalam
kalangan murid tahun 5
untuk menghasilkan
penulisan karangan.


ii. Adakah murid tahun
5 dapat menguasai teknik
Jadual ISBAMIP untuk
mengembangkan idea
dalam penulisan karangan?


  • Ujian Pra dan
    Ujian Pos

  • Analisis
    Dokumen


Jadual 2: Kaedah Pengumpulan Data

Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian pra ini merupakan ujian yang diberikan kepada murid diawal kajian untuk
mengetahui pengetahuan sedia ada murid dan juga tahap penguasaan murid. Hasil
ujian pra ini akan dijadikan sebagai kayu ukur kepada pengkaji untuk mengetahui
tahap kemampuan murid dalam kemahiran menulis dan mengarang.
Ujian pos pula merupakan ujian yang dilaksanakan selepas teknik atau
kaedah yang ingin dilaksanakan telah dipersembahkan. Soalan yang diajukan adalah
sama seperti soalan yang diajukan pada ujian pra. Ujian pos ini akan menampakkan
pencapaian murid.


Analisis Dokumen


Analisis dokumen ini dijalankan untuk menganalisis ujian pra dan ujian pos.
instrument ini dijalankan adalah bertujuan unutk menyokong dapatan kajian dan juga
persoalan kajian. Sebarang bentuk kesalahan mahupun penambahbaikan akan
dianalisis berdasarkan hasil kerja murid.

Free download pdf