Analisis Pemerhatian
Perkara
Bilangan
Peserta Kajian
Sebelum
Intervensi
Bilangan
Peserta Kajian
Selepas
Intervensi
Dapat mengeluarkan idea yang baik dan jelas pada isi
karangan.
2 3
Dapat mengembangkan dan menghuraikan idea
dengan baik pada isi karangan.
- 4
Dapat membina ayat yang baik pada setiap perenggan
karangan.
- 3
Dapat memulakan perenggan yang baru dengan baik. 2 4
Dapat menulis karangan denghan susunan yang baik
dan kemas.
- 3
Jadual 5: Perbandingan Borang Pemerhatian Sebelum dan Selepas Ujian Pra dan
Ujian Pos Peserta Kajian
Melalui data yang ditunjukkan dalam jadual di atas, saya dapat simpulkan
bahawa hampir semua peserta tidak dapat memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh
borang pemerhatian. Setalah menjalani ujian pos pula, hampir kesemua peserta
dating mengeluarkan idea karangan dengan bagus.
REFLEKSI
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini merupakan satu inisiatif dalam meningkatkan
kualiti dan amalan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa
Melayu.Kajian tindakan telah memberi peluang kepada pengkaji untuk menghasilkan
satu intervensi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid yang mempunyai
tahap penguasaan yang lemah dalam aspek kemahiran menulis iaitu menulis
karangan. Intervensi yang telah dihasilkan ini telah berjaya dilaksanakan terancang
terhadap empat peserta kajian. Melalui dapatan kajian yang telah dianalisis oleh
pengkaji, dapat dibuktikan bahawa peserta kajian menunjukkan peningkatkan yang
ketara apabila mengembangkan isi karangan. Dalam konteks ini, teknik Jadual