ISBAMIP telah berjaya membantu peserta kajian meningkatkan kemahiran
mengembangkan isi karangan dalam kalangan murid tahun 5.
Bagi aspek kekuatan, teknik Jadual ISBAMIP yang dihasilkan oleh pengkaji
yang berwarna-warni dan menggunakan gambar yang menarik telah berjaya menarik
minat murid untuk mempelajari menulis karangan dengan lebih baik dan
menyeronokkan. Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail (2013) dalam kajiannya
menyatakan bahawa pembelajaran menyeronokkan juga berkait dengan
penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan warna beserta dengan akronim
dalam jadual yang disediakan dapat membantu murid untuk memahami dan juga
mengingati langkah yang perlu diaplikasikan.
Teknik Jadual ISBAMIP ini amatlah berkesan dalam membantu peserta
kajian menguasai kemahiran mengembangkan isi karangan. Hal ini dibuktikan
dengan peningkatan penguasaan kemahiran menulis karangan yang telah
ditonjolkan oleh para peserta berdasarkan perbandingan markah ujian pra dan pos,
analisis dokumen seterusnya pemerhatian yang telah dijalankan. Analisis dokumen
terhadap ujian pra dan ujian pos yang diberikan kepada peserta kajian juga
menunjukkan peningkatan markah yang ketara apabila peserta berjaya menguasai
dan mengaplikasian teknik Jadual ISBAMIP dalam menjawab ujian. Selain itu,
berdasarkan pemerhatian yang dijalankan. Pengkaji mendapati semua peserta
menunjukkan peningkatan yang sangat baik dalam melaksanakan penulisan
karangan semasa ujian pra dan pos dijalankan. Secara keseluruhannya, kajian
tindakan yang dilaksanakan telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi
ROHK SHVHUWD NDMLDQ VHUWD PHQFDSDL REMHNWLI NDMLDQ LDLWX μ0HQLQJNDWNDQ NHPDKLUDQ
mengolah dan mengembangkan idea untuk menulis karangan bagi murid tahun 5
PHQJJXQDNDQMDGXDO,6%$0,3¶GDQμ0HQLQJNDWNDQSHQJXDVDDQSHQJJXQDDQMDGXDO
,6%$0,3GDODPNDODQJDQPXULGWDKXQXQWXNPHQJKDVLONDQSHQXOLVDQNDUDQJDQ¶
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji mencadangkan untuk meneruskan kajian dengan menambahkan unsur
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iaitu dengan mengadakan satu
penggabungan elemen audio dan juga visual supaya dapat boleh menjadikan teknik
ini lebih menarik, senang difahami dan diingati. Pengkaji juga mencadangkan untuk
melaksanakan teknik Jadual ISBAMIP ini kepada peserta berlainan umur untuk
kajian seterusnya. Kajian ini telah dijalankan kepada peserta tahun 5. Pengkaji
berharap dapat menjalankan kajian yang telah ditambahbaik kepada peserta tahun 4
dan tahun 6.