MENILAI KEBERKESANAN TEKNIK PEMBARIS ILMU SAS-PREMBIBA
UNTUK MEMPERLUASKAN AYAT TUNGGAL DALAM KALANGAN MURID
TAHUN LIMA
NOR SHAZWANIEY BINTI MUSTAFFAR
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Abstrak kajian ini dihasilkan untuk melihat keberkesanan penggunaan teknik
Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA yang dibangunkan terhadap murid-murid
sekolah rendah. Kajian ini dihasilkan oleh kerana kelaziman murid dalam
penghasilan ayat yang pendek dan kurang gramatis. Ayat pula merupakan
binaan lengkap susunan perkataan yang memberi makna atau maksud dalam
proses pertuturan atau komunikasi. Setiap unsur atau perkataan dalam binaan
ayat mempunyai pola-pola yang mempunyai fungsinya tersendiri.Oleh sebab
itu, teknik ini dibangunkan untuk membantu murid memperluaskan ayat
menggunakan teknik dan kaedah yang betul serta memudahkan mereka untuk
memahami konsep peluasan subjek dan predikat dengan betul. Sehubungan
dengan itu, seramai lima orang murid tahun lima dari Sekolah Kebangsaan
Kuala Berang, Terengganu telah terlibat dalam kajian ini sebagai responden
kerana mengalami kekeliruan untuk memahami tajuk peluasan subjek dan
predikat. Proses pengumpulan maklum balas instrumen soal selidik ini dijana
secara bersemuka semasa praktikum fasa dua dilaksanakan. Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan beberapa instrumen kajian bagi memperoleh data
kajian iaitu melalui analisis dokumen, soal selidik, senarai semak, ujian pra dan
pos. Seramai lima orang murid daripada negeri ini telah memberikan kerjasama
dan maklum balas serta terlibat sebagai peserta kajian. Data kajian yang
diperoleh direkodkan secara kualitatif berdasarkan cara penilaian yang
dijalankan. Hasil kajian menunjukkan respon yang positif daripada murid
namun masih perlu ditambahbaik untuk masa akan datang. Hasil teknik serta
persepsi maklum balas ini boleh diguna pakai oleh penyelidik dan diharap
dapat dikongsi bersama untuk menghasilkan murid yang berkualiti.
Kata kunci: ayat tunggal, peluasan subjek dan predikat, ujian pra dan
pasca