KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PENGENALAN
Bidang sintaksis adalah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur, dan binaan ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan
ayat tetapi juga hukum-hukum cara perkataan disusun di dalam ayat. Unsur-
unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Ayat dan
klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan predikat.
Namun begitu, sesebuah ayat yang dibina oleh frasa subjek dan predikat
mestilah diperluaskan supaya ayat lebih gramatis. Jika hanya satu jenis ayat
sahaja digunakan, pembaca akan mudah merasa jemu dan bahan bacaan
menjadi tidak menarik terutamanya bagi ayat tunggal.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), ayat tunggal ialah ayat yang
mengandungi satu klausa sahaja, iaitu mempunyai satu konstituen subjek dan
satu konstituen predikat. Ayat tunggal terbit daripada binaan ayat dasar malah
hampir menyamainya kerana hanya mempunyai satu konstituen subjek dan
predikat. Sekiranya ayat tunggal ini dibina tanpa proses perluasan, ayat ini
akan menjadi ayat yang tidak lengkap dan gramatis. Ayat yang mengandungi
perluasan ialah ayat terbitan yang mana berasal daripada ayat dasar. Proses
perluasan bermaksud satu proses perubahan makna perkataan dari yang lebih
khusus kepada yang lebih umum atau dari yang lebih sempit kepada yang
lebih luas ayatnya. Proses ini berlaku disebabkan oleh penambahan atau
perluasan makna. Pada mulanya, sesuatu ayat itu hanya mempunyai satu
makna sahaja, namun apabila diperluaskan ayat , ayat tersebut akan menjadi
banyak makna yang dapat disampaikan. Namun begitu, murid sering kali
mempunyai masalah dalam proses perluasan ayat tunggal ini sebagaimana
menurut Lileas Suryani (2012), murid mampu membina ayat tunggal sahaja
dan tidak mampu mengembangkannya.

Free download pdf