Refleksi (^) Refleksi keseluruhan dilaksanakan merangkumi percapaian
setiap perancangan, tindakan, dan pemerhatian yang
dijalankan. Keputusan ini yang mengesahkan sama ada kajian
ini dilaksanakan dengan berjaya atau tidak.
LANGKAH TINDAKAN
Hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh para penyelidik yang terdahulu telah
membuktikan bahawa kepelbagaian kaedah dan teknik dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai berupaya untuk membantu murid dalam
meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal dengan gramatis dan menepati
konsep perluasan. Justeru itu, pengkaji memperkenalkan kaedah baharu untuk
mempelajari konsep perluasan dengan menggunakan Pembaris Ilmu SAS-
PREMBIBA.
Jadual 2 : Langkah Tindakan Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA
Langkah Tindakan Kandungan
Pertama a) Pengkaji mengedarkan dua kotak iaitu kotak subjek dan
kotak predikat.
b) Murid perlu memilih satu kertas daripada kedua-dua kotak
tersebut.
c) Murid perlu menggolongkan kertas tersebut ke dalam
golongan subjek atau predikat.
d) Apabila selesai, pengkaji menerangkan kepada murid
mengenai subjek dan predikat secara lebih meluas dan
mendalam.
Kedua a) Pengkaji menerangkan kepada murid penggunaan
Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA.
b) Pada awalnya, pengkaji meminta murid membezakan
subjek dan predikat.
c) Pengkaji memperkenalkan pembaris melalui kata kunci
dan warna kotak kata kunci.
d) Perkenalan kata kunci melalui singkatan akronim dan
warna bagi memudahkan murid mengingati kata kunci
tersebut.
e) Pengkaji memperkenalkan teknik Pembaris Ilmu SAS-
PREMBIBA kepada murid.
faizkhaldun
(faizkhaldun)
#1