KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

KAEDAH / METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini telah mengaplikasikan Model Kajian Kurt Lewin (1946) sebagai
panduan untuk memastikan kajian ini dilaksanakan dengan betul dan tepat. Hal
ini kerana, menurut Kurt Lewin (1947), kajian tindakan merupakan salah satu
bentuk pendekatan bersifat penyelidikan yang boleh digunakan oleh guru dalam
proses pdpc di sekolah. Model ini merupakan satu langkah yang sistematik
sebagai usaha untuk memperbaiki, mengubah dan meningkatkan amalan
pengajaran seseorang guru serta meningkatkan minat murid terhadap pdp. Hal ini
kerana, model ini mementingkan proses merancang, melaksana dan memerhati
dan mereflek terhadap tindakan serta kesannya ke atas murid dari segi tingkah
laku atau peningkatan prestasi murid.


Jadual 1 : Prosedur Penyelidikan Tindakan


Peringkat Model
Kurt Lewin (1948)

Prosedur Penyelidikan Tindakan

Perancangan Perancangan yang tersusun mampu mengenal pasti masalah
murid dan menjayakan sesebuat kajian. Pengkaji merancang
membuat pemerhatian, soal selidik dan teknik yang
bersesuaian untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang
muncul iaitu masalah perluasan dalam ayat tunggal.

Tindakan (^) Teknik Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA diperkenalkan kepada
murid. Sebelum diperkenalkan, pengkaji kenalkan subjek dan
predikat terlebih dahulu. Terdapat empat langkah tindakan
yang dilaksanakan supaya dapat memberi latih tubi kepada
murid. Intervensi ini dilaksanakan untuk menilai tahap
penguasaan murid semasa menggunakan pembaris ilmu dan
tidak menggunakan pembaris ilmu meskipun telah
diperkenalkan teknik Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA.
Pemerhatian Empat instrumen yang dilaksanakan iaitu ujian bertulis, ujian
lembaran kerja, pemerhatian dan soal selidik dinilai untuk
mengenal pasti keberkesanan teknik yang digunakan.
Tambahan pula, jikalau tidak berhasil, pengkaji akan
menggunakan teknik yang baharu untuk diaplikasikan kepada
murid supaya mereka mudah memahami konsep perluasan
dalam ayat tunggal.

Free download pdf