Walau bagaimanapun, kajian ini masih perlu ditambahbaik dari segi
semasa ke semasa. Meskipun pengkaji melihat terdapat peningkatan yang baik
terhadap murid dalam perluasan ayat tunggal menggunakan teknik Pembaris
Ilmu SAS- PREMBIBA. Namun, pengkaji mencadangkan kajian seterusnya
dengan peneruskan lagi kajian pada tahap perluasan ayat tunggal dan ayat
majmuk. Selain itu, pengkaji mencadangkan agar tempoh pelaksanaan kajian
boleh dipanjangkan bagi memberi masa yang secukupnya kepada murid
supaya mereka dapat mempraktikkan teknik yang diperkenalkan dengan
berkesan.
Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan bagi menjalankan kajian ke
atas murid yang berlainan umur. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas murid
tahun 5 yang berumur 11 tahun. Pengkaji mencadangkan agar kajian yang
sama dijalankan terhadap peserta yang berbeza tahap kematangan atau aras
umurnya di alam persekolahan. Hal ini kerana, murid tahun 2 dan 3 juga telah
mempelajari kemahiran membina ayat yang mudah dan pendek.
Kesimpulannya, pengkaji berharap agar kajian ini dapat dijadikan panduan
kepada guru-guru bahasa yang lain untuk memperbaiki amalan pengajaran
dan pembelajaran khususnya dalam kemahiran perluasan ayat tunggal.
Pengkaji juga berharap kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada
mana-mana kajian lain yang akan datang.
faizkhaldun
(faizkhaldun)
#1