ayat yang betul. Ini kerana, penulisan juga merupakan sebuah komunikasi yang
penting dalam interaksi kehidupan seharian. Hasil pemerhatian pengkaji dalam
latihan-latihan yang berkaitan dengan pembinaan ayat tunggal, terdapat murid
yang belum menguasai sepenuhnya dalam pembinaan ayat tunggal. Keadaan ini
menyebabkan penggunaan kosa kata, struktur ayat dan tatabahasa tidak teratur dan
sistematik.Teknik ini memfokuskan murid yang mempunyai isu dalam membina ayat
tunggal yang baik dan gramatis serta dapat memperbaiki serba sedikit dalam
peningkatan pembinaan ayat tunggal. Dapatan kajian menunjukkan, murid
mengalami masalah menyusun ayat yang sesuai, penggunaan kosa kata yang tidak
betul, atau kesalahan ejaan. Murid juga kurang pandai dalam memindahkan
maklumat di dalam gambar kepada bentuk ayat yang mudah dan difahami.
OBJEKTIF KAJIAN
Bagi memurnikan kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif bagi kajian
ini :
i. Membantu murid tahun 3 dalam pembinaan ayat tunggal menggunakan teknik
Roket KASif.
ii. Teknik Roket KASif meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal murid
tahun 3 dengan betul dan gramatis dalam Bahasa Melayu.
SOALAN KAJIAN
i. Apakah teknik Roket KASif dapat membantu murid tahun 3 pembinaan ayat
tunggal dalam kalangan murid tahun 3?
ii. Apakah teknik Roket KASif dapat meningkatkan kemahiran membina ayat murid
tahun 3 dengan betul dan gramatis dalam Bahasa Melayu?