KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Keberkesanan Teknik PWIHHCO Bagi Mengembangkan Ayat Dalam Kemahiran
Menulis Karangan Murid Tahun 4

Nur Athirah Binti Che Teh
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid Tahun 4 menguasai penulisan karangan
bagi subjek Bahasa Melayu. Murid Tahun 4 baru sahaja melangkah masuk ke tahap
dua dan bakal didedahkan dengan karangan penulisan yang panjangnya 80 hingga
120 patah perkataan. Tiga orang murid telah dipilih sebagai peserta kajian. Pengkaji
mendapati murid-murid ini kurang mampu mengembangkan ayat karangan menjadi
sebuah ayat yang lengkap. Kelemahan ketara yang dapat dilihat adalah pembinaan
karangan yang pendek dan terlalu ringkas sekaligus menjadikan ayat itu tidak
gramatis. Model yang digunakan bagi kajian ini adalah Model Kemmis & McTaggart.
Objektif kajian ini adalah mengenal pasti keberkesanan Teknik PWIHHCO dalam
kemahiran penulisan karangan. Seterusya, mengembangkan tiga isi utama dalam
penulisan karangan dengan menggunakan teknik PWIHHCO. Kepentingan bagi
kajian ini adalah pengkaji merasakan masalah ini perlu diatasi awal sebagai
persediaan murid bagi kemahiran penulisan karangan. Metode yang digunakan
dalam kajian ini adalah pemerhatian, ujian pra dan pos, senarai semak dan soal
selidik. Hasil daripada kajian tindakan ini, pengkaji mendapati teknik yang
diaplikasikan berkesan kepada murid-murid. Hal ini kerana murid dapat menulis
karangan dengan baik, idea yang menarik dan karangan yang panjang.

Free download pdf