Mengumpul maklumat, merekod dan menganalisis
data
Membuat dapatan kajian
Fasa Keempat
(Mereflek)
1 minggu
Menilai keberkesanan penggunaan teknik PWIHHCO
dalam kalangan murid dengan menggunakan senarai
semak dan soal selidik. Selain itu, menambahbaik
kekurangan yang ada pada teknik tersebut.
DAPATAN KAJIAN
Dalam kajan ini, pengkaji memilih pendekatan deskriptif untuk menganalisis data-
data yang dikumpulkan. Kesemua aktiviti yang telah dirancang telah berjalan dengan
lancar. Peningkatan positif dapat dilihat pada hasil penulisan karangan murid.
Kesemua murid berjaya mencapai objek kajian yang dikehendaki sekaligus
menjawab kesemua persoalan kajian. Melalui teknik PWIHHCO yang diperkenalkan,
ia dapat mencetuskan idea dan membantu meningkatkan perkembangan ayat murid.
5.1 Hasil dapatan Objektif Kajian 1 : Mengenal pasti keberkesanan Teknik
PWIHHCO dalam kemahiran penulisan karangan
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap penulisan karangan setelah
menggunakan Teknik PWIHHCO. Objektif ini berjaya dicapai apabila teknik ini
berjaya dikuasai oleh murid. Pemerhatian telah dilakukan menggunakan senarai
semak yang telah disediakan. Jadual 5.1 (a) Perbandingan kekerapan senarai
semak pemerhatian :
BIL ITEM
KEKERAPAN
SEBELUM SELEPAS
f % P% f P%
1 Menulis pendahuluan 3 100% 3 100%
2 Mempunyai lima perenggan termasuk pendahuluan dan penutup 0 0 3 100%