ii. Bagaimana cara untuk mengembangkan tiga isi utama dalam penulisan
karangan dengan menggunakan teknik PWIHHCO?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan tiga orang daripada 24 orang murid Tahun 4 di sebuah sekolah
daerah Tuaran, Sabah. Tiga orang murid ini terdiri daripada murid lelaki. Peserta
kajian ini dipilih berdasarkan pemerhatian dan hasil kerja yang dilakukan di dalam
bilik darjah. Mereka ini berada dalam golongan baik, sederhana dan lemah dalam
bahagian C penulisan karangan Bahasa Melayu. Peserta kajian ini juga daripada
bangsa dan agama yang sama iaitu Melayu dan beragama Islam.
TINDAKAN
PROSES PERANCANGAN TINDAKAN/AKTIVITI
Fasa pertama
(Merancang)
1 minggu
Menghasilkan satu inovasi bagi mengatasi
masalah dalam penulisan karangan.
Merancang objektif dan soalan kajian
Mensasarkan peserta kajian
Pengumpulan data awal dengan menggunakan
beberapa instrumen kajian :
¾ Pemerhatian (Senarai semak)
¾ Semak latihan
¾ Temu bual
Fasa Kedua
(Bertindak)
1 minggu
Pengkaji juga menemubual murid-murid dan
guru Bahasa Melayu mengenai masalah mereka
Memberi penyelesaian dengan memperkenalkan
teknik PWIHHCO
Ujian Pra Bahasa Melayu telah pun dilakukan di
dalam bilik darjah itu
Mengumpul data melalui instrumen kajian
Fasa Ketiga
(Memerhati)
2 minggu
Pengkaji membuat pemerhatian fasa tindakan
dengan memberi ujian kepada murid.
- Menyediakan panduan karangan kepada
murid - Menjelaskan tentang Teknik PWIHHCO.
- Melaksanakan ujian pra dan pos.