Tempoh pelaksanaan kajian yang lebih lama amat digalakkan untuk
memperoleh impak yang lebih memuaskan. Untuk kajian tindakan ini, pengkaji telah
melaksanakan kajian dalam masa sebulan. Bahan Bantu Mengajar juga akan
disediakan dengan lebih kreatif dan inovatif supaya dapat dimanfaatkan oleh murid.
Kajian sebegini amat digalakkan penyertaan oleh guru bagi membantu amalan
pengajaran guru tersebut.
PENUTUP
Kesimpulannya, melalui kajian tindakan yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa
teknik PWIHHCO dapat difahami dengan baik oleh murid dan membantu
mempertingkatkan penguasaan kemahiran menulis mereka. Penyelidikan tindakan
ini merupakan satu proses yang telah dapat membuka minda dan dimensi baharu
dalam diri sebagai individu yang menceburi profesion perguruan. Melalui
penyelidikan tindakan, pengkaji dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih
sistematik dan terancang. Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan, murid
mampu membina ayat dengan lengkap, mengembangkan setiap ayat menjadi lebih
panjang serta membina lima perenggan bagi penulisan karangan. Jelaslah bahawa
teknik ini boleh digunakan di sekolah untuk penguasaan penulisan karangan murid.