KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dilaksanakan adalah menggunakan metod analisis data deskriptif dan
kuantitatif. Kerlinger (1986) dalam Mashithoh Ismail (2013) menyatakan bahawa
kajian penganalisisan data deskriptif ini mempunyai dua tujuan utama yang salah
satunya ialah untuk mencari soalan berkenaan soalan-soalan kajian yang diutarakan.
Bagi mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan di dalam
kajian ini, kaedah deskriptif telah dilakukan bagi menganalisis data yang diperoleh.


Selain daripada itu, kajian ini juga berbentuk kuantitatif yang mana pungutan
dan analisis data akan diambil daripada maklumat dan jawapan yang sampel
berikan. Daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca, pengkaji akan membuat
banding beza antara data tersebut serta menganalisis data yang diperoleh dari
pengumpulan data melalui pemerhatian. Terdapat tiga elemen penting di sini iaitu
alat kajian, responden GDQSURVHGXUGDODPPHQJHWDKXLVDPDDGDWHNQLNμ:$.87¶LQL
mampu membantu meningkatkan tahap penguasaan kumpulan murid dalam
penulisan huruf besar pada kata nama khas.


Kumpulan Kajian

Kajian tindakan ini melibatkan seramai lima orang murid yang kurang menguasai
kemahiran penulisan khususnya penggunaan huruf besar pada kata nama khas. Ke
semua responden ataupun kumpulan sasaran ini adalah daripada murid Tahun 3 di
sebuah sekolah di daerah Tamparuli. Kumpulan murid ini diambil berdasarkan
keputusan hasil tugasan yang dihantar dan disemak oleh pengkaji. Berdasarkan
pemerhatian pengkaji melalui sesi pembelajaran yang telah dilalui, murid-murid ini
mempunyai kemahiran yang baik dalam pembinaan ayat namun masih ada lagi
kesalahan tatabahasa yang boleh dikesan pada ayat mereka. Personaliti murid juga
boleh dikawal dan baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku biarpun ia
dilaksanakan secara atas talian. Justeru itu, faktor-faktor persekitaran kelas tidak
mempengaruhi faktor timbulnya masalah murid ini. Kurangnya penguasaan terhadap
huruf besar pada kata nama khas yang dihadapi oleh murid-murid telah menjadikan
mereka sebagai sampel kajian untuk pengkaji.

Free download pdf