menyedarkan pengkaji bahawa tugas guru bukanlah mengajar semata-mata tetapi
guru juga bertindak sebagai penyelesai masalah yang dihadapi oleh murid tidak
kiralah masalah itu kecil ataupun besar. Masalah itu pula mestilah diselesaikan
mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu melalui pelaksanaan kajian tindakan.
Aspek tatabahasa merupakan aspek yang amat penting dalam mata
pelajaran bahasa Melayu. Pengkaji menyedari perihal ini, oleh itu pengkaji sangat
menitikberatkan pembelajaran tentang aspek tatabahasa khususnya penjodoh
bilangan. Walaupun topik penjodoh bilangan ini tampak remeh, ia tetap
mempengaruhi pembinaan ayat yang gramatis. Justeru, pengkaji mencipta inovasi
\DQJEHUDVDVNDQJDPLILNDVLLQLLDLWX³.HPEDUD3%%X-L ́\DQJVHPHPDQJQ\DVHVXDL
digunakan dalam PdP untuk mengatasi masalah penguasaan penjodoh bilangan
buah dan biji murid-murid tahun tiga.
Beberapa cadanJDQ EHUNDLWDQ WHNQLN ³.HPEDUD 3%%X-L ́ GDODP VHVL
pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan dalam kajian seterusnya adalah
seperti di bawah:
i. 0HQDPEDKEDLNWHNQLN³.HPEDUD3%%X-L ́DJDULDWXUXWGDSDWGLJXQDNDQ
dalam pengajaran topik-topik yang lain.
ii. Mempelbagaikan teknik pengajaran bagi menggalakkan pembelajaran
aktif dan menyeronokkan murid.
Pengkaji menginginkan pembelajaran yang menarik dan seronok, jadi
SHQJNDMLLQJLQPHQDPEDKEDLNGDQPHQ\HVXDLNDQWHNQLN³.HPEDUD3%%X-L ́DJDU
ianya dapat digunakan dalam pengajaran topik-topik bahasa Melayu yang lain
seperti kata adjektif, kata nama, kata kerja, penanda wacana dan sebagainya. Selain
itu, pengkaji juga akan sentiasa memperbaharui teknik yang digunakan supaya
murid-murid tidak berasa bosan dan jemu untuk belajar. Pembelajaran aktif amat
ditekankan dalam kelas yang diajar oleh pengkaji.
Hasil daripada kajian tindakan yang dilaksanakan, pengkaji mendapati
bahawa terdapat perubahan prestasi murid terhadap pelajaran yang bersifat positif
dari aspek amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengkaji amat
mengharapkan agar hasil dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan sekaligus
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan
seronok. Pengkaji juga berharap bahawa teknik ini dapat digunakan oleh guru-guru
lain di sekolah kerana perubahan yang ketara dapat dilihat setelah pengkaji
menggunakan teknik ini di dalam kelas.