ANALISIS UJIAN PRA MURID
Rajah 8 Skala Bacaan Murid Ujian Pra
Merujuk pada rajah 6, dapat dilihat bahawa terdapat seorang murid berada pada
skala 1 iaitu pencapaian lemah. Hal ini kerana murid didapati kurang mahir dalam
ejaan dan lambat mengenal huruf yang ingin dibaca. Kesannya, pembacaan murid
terjejas kerana murid perlu tahu huruf dan mengeja supaya mereka dapat membaca
suku kata, perkataan serta rangkai kata yang telah disediakan pada kad bacaan.
Melalui data ini, penilai dapat mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan
dan sokongan untuk meningkatkan kemahiran membaca.
Bagi empat orang murid yang lain pula, mereka tidak ada masalah dari segi
membaca tetapi perlu memantapkan kelancaran, sebutan dan ejaan mereka. Apabila
melalui ujian pra, murid-murid ini dapat membaca dengan jelas namun masih keliru
cara untuk mengeja terutamanya dalam membunyikan suku kata e taling, e pepet
dan ng. Murid kelihatan keliru apabila ingin membaca suku kata yang mengandungi
huruf-huruf ini misalnya me, ke dan bangunnannya. Ini merupakan suku kata dan
perkataan yang rumit dibaca oleh murid dalam ujian pra. Justeru itu, pengkaji
menggunakan teknik BaKit untuk membantu murid-murid membaca dengan lebih
lancar, jelas dan mahir mengeja.
1
5
1 1
4 4 4
0
1
2
3
4
5
6
Kelancaran Jelas Sebutan Ejaan
SKALA BACAAN MURID
Skala 1 Skala 2 Skala 3