KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
ANALISIS UJIAN POS MURID

Rajah 9 Skala Bacaan Murid Ujian Pos

Jika dilihat pada graf, terdapat peningkatan bagi murid 1 di mana murid telah berjaya
beralih ke skala 2 iaitu murid dapat membaca dengan lebih lancar, jelas, sebutan
yang betul dari segi huruf dan ejaan yang lebih baik. Melalui intervensi, murid
kelihatan teruja dengan teknik BaKit di mana mereka boleh belajar dengan
menggunakan alat bantu belajar lebih-lebih lagi bahan yang disediakan ialah bahan
maujud. Semasa membimbing murid yang pada asalnya lemah dalam membaca,
pengkaji dapat melihat terdapat peningkatan dari segi membunyikan suku kata
selepas mengeja huruf. Situasi ini menggambarkan satu peningkatan yang baik
terutamanya bagi murid yang lemah membaca.


Bagi murid yang lain pula, mereka kelihatan lebih meningkat dan boleh mencapai
skala baik dalam pembacaan mereka. Perkara ini menunjukkan satu peningkatan
yang positif dalam kemahiran membaca murid dan membuktikan bahawa teknik
BaKit serba sedikit dapat membantu meningkatkan pembacaan mereka. Tambahan
pula, semasa dibimbing oleh pengkaji dalam mengaplikasikan teknik ini, murid
sentiasa akur dan mendengar arahan bagi memastikan mereka dapat membaca
dengan sebutan yang betul, jelas dan lancar. Oleh itu, hasil daripada tingkah laku
yang disiplin, murid dapat fokus dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran
membaca mereka.


0

1

2

3

4

5

Kelancaran Jelas Sebutan Ejaan

SKALA BACAAN MURID
Skala 1 Skala 2 Skala 3
Free download pdf