KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Selaras dengan pendapat Nik Mohd Rahimi dan Kamarulzaman (2008),
pendengaran dan penglihatan adalah sumber mekanisme utama kemasukan
maklumat kepada murid. Pernyataan ini menunjukkan bahawa selain daripada
mendengar, murid perlu melihat untuk mendapatkan maklumat iaitu melalui
pembacaan. Hal ini kerana melalui pembacaan, seseorang individu itu akan dapat
menerima maklumat dengan lebih jelas dan menjadi lebih berpengetahuan selain
daripada hanya mendengar sahaja. Oleh itu, murid perlu meningkatkan pembacaan
mereka agar dapat menimba ilmu serta pengetahuan daripada pelbagai maklumat.

KESIMPULAN


Secara keseluruhannya, pengkaji berpuas hati terhadap kajian yang dijalankan.
Berdasarkan pengalaman menjalankan kajian ini, teknik BaKit menunjukkan hasil
yang positif dalam pembacaan murid. Walaupun murid tidak dapat lancar membaca
dalam masa yang singkat, peningkatan yang ditunjukkan sudah mencukupi untuk
membuktikan bahawa teknik BaKit mampu meningkatkan kemahiran membaca
murid. Tambahan pula, ianya juga membuktikan bahawa teknik BaKit dapat
digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid pada
masa akan datang. Teknik ini turut menyerlahkan kreativiti dan inovasi pengkaji
dalam membina alat serta bahan yang berkesan dalam pembacaan murid. Perkara
seperti ini memberi kepuasan terhadap usaha yang dicurahkan oleh pengkaji
terutamanya dari segi masa, wang dan tenaga. Justeru itu, peningkatan pada data
yang telah dianalisis membuktikan terdapat keberkesanan teknik BaKit terhadap
kemahiran membaca murid.

Free download pdf