KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS


Rajah 9 Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan rajah 18, dapat dilihat perbandingan kemajuan setiap murid pada ujian
pra dan ujian pos. Semasa ujian pra, murid 1 terletak pada skala 1 iaitu skala lemah
dalam pembacaan dari aspek kelancaran membaca, jelas dari segi pembacaan,
sebutan yang betul dan jelas serta ejaan. Selepas intervensi dijalankan, murid telah
meningkat dan berjaya beralih ke skala 2 dalam pembacaannya iaitu pada skala
sederhana. Walaupun murid 1 tidak sepenuhnya lancar membaca, peningkatan dari
aspek-aspek ini menunjukkan usaha murid untuk membaca dengan lebih baik
daripada sebelumnya.
Bagi murid selebihnya, mereka pada mulanya pada skala 2 iaitu
sederhana juga menunjukkan kemajuan yang beralih ke skala 3 yang menunjukkan
mereka layak ke skala baik. Data ini menunjukkan murid-murid berminat untuk
meningkatkan pembacaan mereka dnegan menggunakan teknik BaKit yang telah
disediakan. Murid turut menunjukkan peningkatan dalam mengeja di mana mereka
dapat mengasingkan ejaan mengikut suku kata yang betul melalui bimbingan
pengkaji semasa menggunakan teknik BaKit. Melihat kemajuan murid ini
membuktikan bahawa alat perakam suara yang boleh dimainkan semula
membolehkan murid untuk mendengar kekurangan pada bacaan mereka.
Melalui penilitian dan pemerhatian pengkaji, dapat dikatakan bahawa murid
lebih berminat untuk menggunakan bahan maujud apabila berada di sekolah. Tidak
dapat dinafikan sekiranya murid yang lahir pada generasi kini telah terdedah dengan
dunia teknologi namun pendedahan murid kepada bahan maujud perlu diutamakan
agar murid dapat peka terhadap sensori tangan, penglihatan dan pendengaran
mereka.

0 0.5 1 1.5 2 2.5 3 3.5 4 4.5

LEMAH

SEDERHANA

BAIK

LEMAH SEDERHANA BAIK
UJIAN POS 1 4
UJIAN PRA 1 4

PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Free download pdf