KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Merujuk kepada model di atas, semasa sesi pengajaran tersebut
berlangsung, pengkaji mendapati responden tidak menggunakan imbuhan peN-
dengan betul. Aktiviti penulisan dan mengambil imlak kata berimbuhan awalan peN-
menjadi kayu ukur pengkaji untuk melaksanakan kajian mengenai aspek ini ekoran
kesulitan dan kesilapan yang dilakukan oleh responden semasa melaksanakan
aktiviti ini. Bagi mengukuhkan lagi dapatan pemerhatian dan semakan hasil kerja
responden, pengkaji juga menyediakan set ujian yang mengandungi 20 soalan
struktur.
Hasil dapatan yang diperoleh menerusi alat-alat kajian seperti soal selidik,
pemerhatian dan ujian jelas menyimpulkan bahawa responden belum benar-benar
faham penulisan kata nama terbitan berimbuhan peN-. Impaknya, responden tidak
dapat memberikan jawapan yang tepat. Selepas mengenal pasti masalah
responden, pengkaji telah merangka perancangan yang rapi demi memastikan
kejituan fokus kajian ini. Pengkaji telah menyediakan satu teknik khusus yang
dikenali sebagai Jadual Pemenggalan G.U.K bagi mengukuhkan lagi kefahaman
serta membantu responden menulis kata nama terbitan berimbuhan peN- dengan
tepat mengikut rumus yang telah dicipta.
Seterusnya, pengkaji mengambil keputusan untuk mengimplimentasikan
teknik ini agar dapat dilaksanakan dalam tempoh tindakan selanjutnya. Melalui jadual
perancangan yang disusun, pengkaji meramalkan teknik ini boleh dilaksanakan
sepanjang tempoh 8 minggu dengan memberikan pendedahan kepada responden
tentang tatacara menulis kata nama terbitan berimbuhan peN- berdasarkan Jadual
Pemenggalan G.U.K Hal ini bermakna, pengkaji perlu memastikan secara
keseluruhan amalan pembelajaran responden meningkat dari semasa ke semasa
dalam tempoh tersebut.
Beberapa siri tindakan telah dijalankan pada setiap minggu. Ujian pra telah
dilaksanakan pada minggu kedua praktikum dijalankan dengan memberikan set ujian
bertulis yang mempunyai 20 soalan. Ujian pos pula dilaksanakan pada minggu
terakhir selepas 7 minggu responden didedahkan dengan kaedah Jadual
Pemenggalan G.U.K ini.
Selain membuat pelan tindakan untuk menambah baik amalan pembelajaran,
pengkaji juga merancang kaedah pengumpulan data bagi menjawab soalan kajian
yang lebih awal ditetapkan sebelum ini. Tiga kaedah pengumpulan data dikenal pasti
berupaya membantu pengkaji membuat penilian secara terperinci terhadap
keberkesanan tindakan yang dilakukan. Kaedah-kaedah yang diguna pakai ialah
ujian pos, temu bual dan soal selidik. Ketiga-tiga kaedah yang dipilih ini penting
dilaksanakan bagi memastikan soalan kajian dijawab secara analitikal dan empirikal.

Free download pdf