3.33+3.13+
2.47+2.87+
3.33 = 15.13
15.13/5
= 3.03
Merujuk kepada jadual di atas, dapatlah difahami bahawa terdapat tiga aspek
yang perlu diberikan perhatian bagi menganalisis skor soal selidik. Aspek peratusan
kekerapan, jumlah skor dan nilai min penting untuk dihitung supaya data berikut
dapat menjadi bukti kepada penghujahan deskriptif selanjutnya.
Seperti yang telah diketahui sebelum ini, jenis skala pengukuran seperti skala
likert meletakkan nilai skor tertentu bagi setiap skala. Misalnya, dalam kajian ini nilai
skor bagi Tidak Setuju = 1, Tidak Pasti = 2, Setuju = 3 dan Sangat Setuju = 4.
Daripada nilai skor inilah jumlah skor dan nilai min dihitung (rujuk Jadual 8). Hasil
perkiraan membuktikan jumlah skor tertinggi amat mempengaruhi nilai min. Bagi item
1, nilai min yang direkodkan ialah 3.33. Item 2 pula mempunyai nilai min sebanyak
3.13, item 3 merekodkan 3.47, item 4 dengan nilai min 2.87 sementara nilai min bagi
item 5 ialah 3.33.
Jika dilihat kepada nilai min yang telah dinyatakan, item 3 mencatatkan nilai
min yang tertinggi berbanding item-item lain. Hasil dapatan ini disokong dengan bukti
jumlah skor bagi item 3 sebanyak 52. Jumlah ini merupakan jumlah skor tertinggi
berbanding item 1 = 50, item 2 = 47, item 4 = 43 dan item 5 = 50. Hal ini berlaku
kerana item 3 turut mencatatkan peratusan kekerapan terbesar bagi skala tertinggi
iaitu skala Sangat Setuju yang mewakili nilai skor 4. Nilai skor tersebut didarabkan
dengan kekerapan untuk mendapatkan jumlah skor. Sebanyak 9 responden yang
telah menandakan ruangan Sangat Setuju bagi item 3. Situasi ini menggambarkan
responden benar-benar memahami konsep penulisan kata nama terbitan
berimbuhan peN- selepas mengaplikasikan Peta Kaedah G.U.K, seterusnya dapat
menulis kata nama terbitan berimbuhan peN- dengan tepat dalam penulisan
sesebuah ayat atau menjawab soalan berbentuk ragam tatabahasa.