Apabila dianalisis item yang memiliki nilai min paling rendah iaitu item 4,
jelaslah bahawa hasil perkiraan itu diperoleh disebabkan peratusan kekerapan pada
skala Tidak Pasti dilihat memberikan kesan kepada peratusan skala lain. Skala Tidak
Pasti yang ditandakan oleh responden ini menyamai skala Sangat Setuju yang
ditandakan sebanyak 5 tanda. Selain itu, skala Setuju merekodkan kekerapan
sebanyak 4 tanda. Item 3 mengumpul jumlah skor sebanyak 43. Dapatan ini
memberikan gambaran bahawa responden tidak boleh mengajar rakan mereka
tentang nama terbitan berimbuhan peN- kerana ia merupakan pengetahuan baru
bagi mereka dan memerlukan lebih kerap latih tubi.
Secara keseluruhannya, jumlah skor soal selidik amat mempengaruhi
penilaian terhadap kutipan data. Jumlah ini dipengaruhi oleh kekerapan pada skala
tertinggi yang mewakili nilai skor paling tinggi dalam skala likert. Selain itu, jumlah
skor juga mempengaruhi nilai min bagi setiap item. Hipotesis yang boleh dibuat ialah
semakin tinggi jumlah skor, semakin tinggi nilai min. Dalam hal ini, nilai min yang
tinggi memberikan makna darjah positif sesuatu keputusan kajian berdasarkan
kenyataan item yang telah ditetapkan.
Kesimpulan daripada dapatan soal selidik ini, ternyatalah prestasi responden
dapat ditingkatkan dengan penggunaan Peta Kaedah G.U.K Selain itu, penggunaan
Peta Kaedah G.U.K juga menggalakkan responden menulis kata nama terbitan
berimbuhan peN- yang tepat.
REFLEKSI
Pengkaji mereflek kembali pelaksanaan kitaran kajian yang telah dijalankan oleh
pengkaji. Pengkaji memberi penekanan kepada dua aspek utama iaitu kekuatan dan
kelemahan.
Kekuatan
Salah satu kekuatan utama yang dikenal pasti menerusi kajian pengkaji adalah
penggunaan kaedah G.U.K itu sendiri sebagai intervensi. Keberkesanan kaedah in
dalam meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid dalam menggunakan
imbuhan terbitan kata nama peN- dengan betull menjadi tunjang kepada kejayaan
kajian pengkaji. Masalah tidak memahami cara untuk menggunakan imbuhan kata
nama peN- dapat dikurangkan. Kumpulan sasaran dilihat berupaya menulis semua
kata terbitan dengan imbuhan yang betul setelah pengkaji member penerangan
mengenai cara menggunakan peta kaedah Guk.