Pada kajian yang seterusnya, pengkaji juga bercadang untuk
mengaplikasikan
permainan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
untuk
meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam Kalangan kumpulan sasaran. Menurut
Mohd Hilmi Hamzah & Juliana Emilia Dourado (2010), penggunaan permainan
bahasa member kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa. Pengkaji harus merancang dan menjalankan permainan bahasa yang
bersesuaian dengan tahap penguasaan banasa mereka. Melalui permainan bahasa,
murid-murid dapat menguasai tatabahasa sambil bermain. Ini membolehkan mereka
menumpukan perhatian yang lebih lama dalam pembalajaran tatabahasa. Sekiranya
tatabahasa mereka meningkat, maka mereka boleh mengimbuhankan sesuatu
perkataan dengan betul dengan menggunakan Peta Kaedah G.U.K.
Di samping itu, pengkaji mencadangkan penggunaan kamus multimedia
elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan
perbendaharaan kata dalam kalangan kumpulan sasaran. Kamus ini memaparkan
makna bagi sesuatu perkataan yang dikehendaki oleh murid dengan menggunakan
pelbagai media sokongan sebagai tambahan penerangan yang diberikan menerusi
penggunaan teks Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), menerangkan bahawa
penggunaan media seperti audio. video, grafik dan animasi boleh menyebabkan
penerangan mengenai sesuatu perkataan dilakukan dengan lebih berkesan.
Pengkaji harus menggalakan kumpuan sasaran menggunakan kamus ini semasa
pelaksanaan aktiviti. Melalui kamus ini, mereka dapat meningkatkan kefahaman
tentang sesuatu perkataan, memperluaskan kata dan mengetahui ejaan yang tepat
bagi sesuatu perkataan.
Cadangan kajian tindakan pengkaji yang seterusnya adalah melihat
kemahiran
Murid menulis imbuhan pada terbitan kata nama dalam subjek Bahasa Melayu
menggunakan Peta Kedah G.U.K. Kajian yang dirancangkan in merupakan
kesinambungan terhadap kajian sebelum ini yang melihat peningkatan murid dalam
membina dan menulis semua kata dasar menjadi kata terbitan yang betul
berdasarkan imbuhan yang difokuskan iaitu imbuhan peN-. Pengkaji ingin melihat
kesan penggunaan Peta Kedah G.U.K untuk kajian yang seterusnya. Pengkaji boleh
menambah beberapa kotak pada Peta Kedah G.U.K untuk meningkatkan kemahiran
menulis kata terbitan dengan imbuhan yang betul. Kotak baru tersebut boleh diisi
dengan contoh ayat bagi perkataan yang telah ditambah imbuhan.
faizkhaldun
(faizkhaldun)
#1